|
Pelabuhan Utama Malaysia
Pelabuhan Kelang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih
kurang 40 km dari Ibu Negara, Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya
yang berdekatan dengan Lembah Kelang yang terkenal sebagai pusat
perdagangan dan perindustrian negara dan juga sebagai kawasan
berpenduduk yang paling ramai mempastikan bahawa peranan yang
dimainkan oleh pelabuhan telah membantu membangunkan ekonomi negara.
Berpandukan arahan Kerajan dalam tahun 1993, Pelabuhan Kelang kini telah dibangunkan sebagai Pusat Muatan Negara dan seterusnya sebagai
pusat muatan pindah kapal bagi rantau ini.
Sejajar dengan pelbagai strategi bagi menggalakkan Pelabuhan Kelang menjadi pusat muatan negara sejak 1963, kemudahan-kemudahan dan
perkhidmatan-perkhidmatan di Pelabuhan Kelang kini setanding dengan
pelabuhan-pelabuhan bertaraf dunia. Pelabuhan ini telah menjalin
hubungan perdagangan dengan lebih 120 negara dan berurusan dengan
lebih 500 pelabuhan seluruh dunia. Lokasinya yang ideal menjadikan
pelabuhan sebagai pelabuhan persingahan yang pertama bagi
kapal-kapal yang menuju arah ke timur dan singahan akhir bagi
kapal-kapal menuju ke barat untuk laluan dagangan Timur Jauh Eropah.
|
|
|