| Y.Bhg. Dato’ Lee Hwa Beng merupakan seorang akauntan dan juga bekas Ahli Majlis Subang Jaya selama tiga penggal telah dilantik sebagai Pengerusi baru Lembaga Pelabuhan Kelang berkuatkuasa 1hb April 2008 oleh DYMM Yang Di Pertuan Agung. Pengerusi sebelum ini, Y.B. Dato’ Chor Chee Heung telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi LPK pada 31 Mac 2008 memandangkan beliau telah dilantik di dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Y.Bhg. Dato’ Lee juga adalah Ahli Kehormat untuk Association of Chartered Certified Accountants (UK), Ahli Bersekutu untuk ICSA (UK), Ahli Kehormat untuk Malaysia Institute of Taxation, dan Chartered Accountant, Malaysian Institute of Accountants (1977). |