Pelabuhan Kelang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih kurang 40 km dari Ibu Negara, Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya yang berdekatan dengan Lembah Kelang yang terkenal sebagai pusat perdagangan dan perindustrian negara dan juga sebagai kawasan berpenduduk yang paling ramai mempastikan bahawa peranan yang dimainkan oleh pelabuhan telah membantu membangunkan ekonomi negara. Berpandukan arahan Kerajan dalam tahun 1993, Pelabuhan Kelang kini telah dibangunkan sebagai Pusat Muatan Negara dan seterusnya sebagai pusat muatan pindah kapal bagi rantau ini.
Sejajar dengan pelbagai strategi bagi menggalakkan Pelabuhan Kelang menjadi pusat muatan negara sejak 1963, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan di Pelabuhan Kelang kini setanding dengan pelabuhan-pelabuhan bertaraf dunia. Pelabuhan ini telah menjalin hubungan perdagangan dengan lebih 120 negara dan berurusan dengan lebih 500 pelabuhan seluruh dunia. Lokasinya yang ideal menjadikan pelabuhan sebagai pelabuhan persingahan yang pertama bagi kapal-kapal yang menuju arah ke timur dan singahan akhir bagi kapal-kapal menuju ke barat untuk laluan dagangan Timur Jauh Eropah.