Pengerusi Baru LPK

 

PASANG SURUT

Lat 03 02 N    Long 101 21 E

3/1/2009 Masa Meter
Sabtu

0341

0925

1544

2205

1.7

4.2

1.3

4.5

4/1/2009 Masa Meter
Ahad

0424

1002

1619

2243

1.8

3.9

1.5

4.4

5/1/2009 Masa Meter
Isnin

0516

1050

1706

2333

2.0

3.7

1.8

4.2

6/1/2009 Masa Meter
Selasa

0629

1159

1832

2.1

3.5

2.0

7/1/2009 Masa Meter
Rabu

0054

0811

1413

2020

4.1

2.0

3.6

1.9

Y.Bhg. Dato’ Lee Hwa Beng merupakan seorang akauntan dan juga bekas Ahli Majlis Subang Jaya selama tiga penggal telah dilantik sebagai Pengerusi baru Lembaga Pelabuhan Kelang berkuatkuasa 1hb April 2008 oleh DYMM Yang Di Pertuan Agung.

Pengerusi sebelum ini, Y.B. Dato’ Chor Chee Heung telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi LPK pada 31 Mac 2008 memandangkan beliau telah dilantik di dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Y.Bhg. Dato’ Lee juga adalah Ahli Kehormat untuk Association of Chartered Certified Accountants (UK), Ahli Bersekutu untuk ICSA (UK), Ahli Kehormat untuk Malaysia Institute of Taxation, dan Chartered Accountant, Malaysian Institute of Accountants (1977).

 

 

 

 

 

 

 

Laman Utama


 
       

  Pelabuhan Koper Membuka Pejabat Perwakilan di Pelabuhan Kelang

Pemberitahuan Kapal

Pelabuhan berkembar bagi Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Koper, Slovenia telah membuka pejabat perwakilan di kawasan Timur Jauh. Pejabat tersebut terletak di Zon Bebas Pelabuhan Kelang yang diketuai oleh Kapten Tomaz Martin Jamnik, bekas wakil Koper dari Hungary.

Tujuan utama mengadakan pejabat tersebut di kawasan ini adalah untuk mengukuhkan kewujudan pelabuhan-pelabuhan dalam pasaran Asia yang sedang berkembang pesat dan mengakibatkan perjalanan kargo ke pengangkutan selatan melalui Pelabuhan Koper. Koper, yang terletak di sepanjang lautan Adriatic adalah merupakan laluan kargo ke pusat dan timur negara-negara timur seperti Austria, Bulgaria, Hungary, Slovakia dan Republik Czech.

Koper di uruskan oleh pihak swasta iaitu Luka Koper Ptd yang merupakan penguatkuasa zon bebas.  Pelabuhan tersebut mempunyai 25 pangkalan.  Pada tahun 2006, ia telah mengendalikan 14 juta tan dan kontena yang berjumlah 219,000 TEU.

Sila hubungi,

Pejabat Perwakilan Kawasan Luka Koper

LOB 2, Aras 1, Bilik 13, Jalan FZ2-P5/KS 12

Zon Bebas Pelabuhan Kelang

42920 Pulau Indah, Malaysia

Tel/Faksimili: +603 3101 2848 HP: +6012 352 9507

Email: luka1@streamyx.com

Laman Utama


 
       
 

  Lembaga Pelabuhan Kelang, Malaysia Menandatangani Perjanjian Pelabuhan Berkembar dengan Lembaga Pelabuhan Kenya, Kenya

   

Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Lembaga Pelabuhan Kenya telah menandatangani Perjanjian Pelabuhan Berkembar untuk mempertingkatkan perhubungan tradisi dan persefahaman bersama di antara kedua-dua pihak dan juga Operator-Operator Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Mombasa di Kenya. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 27 November 2006 di Mombasa, Kenya. LPK diwakili oleh Y.B.Dato’ Yap Pian Hon, Pengerusi LPK dan Y.Bhg.Datin Paduka O.C.Phang, Pengurus Besar LPK manakala Lembaga Pelabuhan Kenya oleh Abdallah Hemed Mwaruwa, Pengarah Urusannya. Perjanjian tersebut disaksikan oleh General (Rtd) J.R.E. Kibwana, Pengerusi Pelabuhan Kenya.

 

Menerusi Perjanjian itu, Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam pelbagai bidang iaitu kajian pelabuhan, latihan, pertukaran maklumat terutamanya pembangunan kendalian kargo serta lalu lintas kargo yang memberi manfaat bersama bagi kedua-dua pelabuhan itu khususnya dan negara amnya.

 

Perjanjian Pelabuhan Berkember memperkukuhkan perhubungan tradisi yang sedia ada dan persefahaman di antara rakyat Kenya dan Malaysia dimana selaras dengan polisi kerajaan yang telah diperkenalkan iaitu ”South-South Co-Operation”. Di samping itu, Kedutaan Kenya di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam perhubungan ini dengan membantu melaksanakan perjanjian ini.

 

Tahun lepas, Pelabuhan Kelang telah mengendali kargo sebanyak 117412 FWT melalui perdagangan bersama Kenya. Perjanjian Pelabuhan Berkembar telah membantu Pelabuhan Kelang bagi merapatkan lagi perhubungan dengan pelabuhan-pelabuhan Afrika Timur. Pelabuhan Mombasa di Kenya telah ditempatkan sebagai laluan ke Afrika Timur yang mana akan menyediakan Pelabuhan Kelang dan Malaysia landasan untuk menembus dan meninjau pasaran baru, terutama sekali di kalangan negara-negara Afrika Timur iaitu Somalia, Ethiopia , Uganda dan Tanzania.

 

Dengan perjanjian tersebut, Pelabuhan Kelang lebih yakin perdagangan dengan Kenya akan meningkat dengan luas. Ini dikatakan sebagai pengurusan rakan kongsi pintar untuk memelihara kerjasama sebagai permulaan era baru dimana bukan sahaja memberi faedah kepada kedua-dua negara tetapi juga benua Asia dan Afrika.

 

Laman Utama


 
       
 

  Pengurus Besar LPK Dilantik Sebagai Pengerusi PKFZ

 

   

Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kelang, Datin Paduka O.C Phang telah dilantik sebagai Pengerusi Pelabuhan Klang Zon Bebas (PKFZ) oleh Menteri Pengangkutan.

 

PKFZ dipunyai sepenuhnya oleh LPK dan adalah merupakan projek pembangunan terbesar yang dikendalikan oleh Lembaga semenjak penswastaan perkhidmatan pelabuhan kira-kira dua dekad yang lalu.

 

Datin Paduka O.C Phang adalah merupakan Timbalan Presiden International Association of Port & Harbors (IAPH), rakyat Malaysia dan wanita pertama yang memegang jawatan ini dalam persatuan. Lantikan beliau sebagai Timbalan Presiden pertama memberi tapak bagi rakyat Malaysia yang pertama dilantik sebagai IAPH. Beliau juga merupakan pengerusi bagi ASEAN Port Association di peringkat kawasan dan ASEAN Port Association, Malaysia.

 

Datin Paduka telah menjadi Pengurus Besar LPK semenjak September 1997.

 

 

 

 

 

 

 

Laman Utama