Lembaga Pelabuhan Kelang telah menubuhkan Pusat Agensi Setempat untuk memberi kemudahan penubuhan industri berkaitan dengan pelabuhan bagi meningkatkan jumlah pengendalian kargo di Pelabuhan Klang.
Sebarang perniagaan yang dijalankan walau di mana sakali pun memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Di Lembaga Pelabuhan Klang, Pusat Agensi Setempat akan memastikan soal remeh temeh dihapuskan.
Pusat Agensi Setempat akan berkerjasama, menyelaras dan membuat susulan dengan pihak berkuasa berkaitan tentang kelulusan yang di perlukan. |