Pukal Cecair
 

Pelabuhan Klang dijangka akan mengendalikan sebanyak 8.117 juta tan pukal cecair menjelang tahun 2010.

 
Pelabuhan  Utara (Northport)

Komoditi utama ialah minyak sayuran yang ditapis, bahan kimia dan hasil petroleum. Hasil yang di kendalikan oleh syarikat minyak utama seperti Petronas dan BP yang di tempatkan di sini ialah minyak disel, bahan bakar untuk perindustrian dan minyak tanpa plumbum. Terdapat 2 dermaga dolphin (No.22 & No. 23), tiap-tiap satu berukuran 213 meter panjang, untuk kapal-kapal yang berkeupayaan sehingga 60,000 tan sesaran.

 

Pelabuhan Selatan (Southpoint)

Pengeksportan pukal cecair yang dikendalikan di sini ialah minyak kelapa sawit, minyak kelapa dan susu getah. Dermaga No. 1 & 2 mempunyai saluran paip untuk memuatkan dagangan eksport. Tiap-tiap satu dermaga berukuran 117 meter panjang dan 10.5 meter kedalaman air untuk mengendalikan kapal-kapal berkeupayaan sehingga 40,000 tan sesaran.
 
Pelabuhan Barat (Westports)
Paip yang dipunyai oleh pemilik-pemilik tertentu berukuran diantara 250 hingga 1000 meter panjang mampu untuk melakukan pemindahan muatan cecair sehingga ke tahap maksima 6,000 tan sejam. Penggunaan 'loading arm' akan membolehkan sambungan ke kapal dilakukan dalam masa 10 saat ke 1 minit selepas kapal berlabuh.
 
DERMAGA

PANJANG (m)

KEDALAMAN (m)

LB1

305

15

LB2

320

15

LB1 (Inner)

193

10

LB1 (outer) 193 10
LB4 350 16.1

 

Kemaskini Terakhir : Tuesday, July 13, 2010
 
Privasi | Keselamatan | Penafian | Peta Laman | W3C

Lembaga Pelabuhan Kelang
Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang, Selangor
Tel.: 603 - 3168 8211 Fax.: 603 - 3168 9117

 

Monday, September 6, 2010