Terminal Penumpang
 

Terminal penumpang di Pulau Indah yang dikendalikan oleh syarikat Star Cruises Sdn. Bhd. menganjurkan program pelancongan melalui pelayaran ke pelbagai destinasi pelancongan di Malaysia dan lain-lain tempat di Asia Tenggara.

Disamping menyediakan perkhidmatan untuk kapal-kapal mereka, terminal ini juga menyediakan perkhidmatan kepada kapal-kapal dari syarikat lain yang bersesaran sehingga 50,000 tan. Terminal ini mempunyai 3 dermaga dan jumlah panjangnya 660m boleh menampung kapal-kapal berukuran LOA sehingga 300m dan kedalaman 12m. Kemudahan lain yang disediakan adalah termasuk imigresen dan pemeriksaan kastam di dalam bangunan yang berhawa dingin dan kemudahan tempat pejalan kaki berbumbung dari kapal ke bangunan terminal.

Penumpang-penumpang juga boleh menikmati pelbagai perkhidmatan seperti menikmati makanan di restoran, membeli belah di kedai bebas cukai dan menukar wang di kedai pengurup wang asing.

Passenger Cruise Terminal (PCT) di Southpoint (dahulu dikenali sebagai Pelabuhan Selatan) menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan penumpang ke Indonesia

Kemaskini Terakhir : Tuesday, July 13, 2010
 
Privasi | Keselamatan | Penafian | Peta Laman | W3C

Lembaga Pelabuhan Kelang
Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang, Selangor
Tel.: 603 - 3168 8211 Fax.: 603 - 3168 9117

 

Monday, September 6, 2010