VTMS
 
Menjamin Keselamatan Pelayaran
 

Sistem Pengurusan Pergerakan Kapal (VTMS) Pelabuhan Klang yang diselia oleh LPK dilaksanakan bagi menjamin keselamatan pelayaran di perairan pelabuhan.

Radar Pusat Kawalan Kawasan (ACC) yang terletak di tingkat 19 bangunan perdagangan Westport dapat mengesan kapal-kapal pada jarak jangkauan 26 batu nutika. Dua lagi radar yang serupa ditempatkan di Pulau Angsa dan Bukit Jugra.

Sistem ini boleh membekalkan maklumat tentang kapal-kapal yang singgah di pelabuhan, kargo-kargo yang diangkut, pelabuhan yang akan dan yang terakhir disinggahi dan juga butiran kapal. Pusat ini juga menyediakan maklumat permaliman seperti kedudukan kapal dan kepadatan trafik yang menghala ke satu destinasi. Maklumat-maklumat ini adalah untuk perancangan laluan.

Sistem ini kelak akan dirangkaikan dengan lain-lain pusat VTS termasuk 'coast radio station', Maritime Rescue and Coordination Centre, pejabat-pejabat Malim, Syahbandar dan Maritime Enforcement Coordinating Centre di Lumut, Perak.

 

Kemaskini Terakhir : Tuesday, July 13, 2010
 
Privasi | Keselamatan | Penafian | Peta Laman | W3C

Lembaga Pelabuhan Kelang
Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang, Selangor
Tel.: 603 - 3168 8211 Fax.: 603 - 3168 9117

 

Monday, September 6, 2010