Zon Perdagangan Bebas di Pelabuhan Kelang |
Tahun 1993 diingati di dalam sejarah Pelabuhan Klang apabila telah diisytiharkan oleh Menteri Kewangan sebagai kawasan Zon Perdagangan Bebas. Northport diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas pada 1 April 1993, diikuti Westports pada 20 Jun 1996 dan Southpoint pada 19 Februari 2004. Di dalam konteks Zon Perdagangan Bebas, hanya aktiviti komersial seperti 'trading', 'breaking bulk', 'grading', 're-packing', 're-labelling' dan 'transit' sahaja dibenarkan di Pelabuhan Klang manakala aktiviti pengilangan dilarang sama sekali.
Walau bagaimanapun, aktiviti pengilangan yang mudah seperti pemasangan yang tidak ringkas dibenarkan tetapi perlu mendapat kelulusan daripada pihak Perbendaharaan. |
|
|
|
|
|
| |
|
|
Aktiviti yang dibenarkan di dalam Zon Perdagangan Bebas |
- Pindah Kapal
- Konsolidasi kargo untuk penghantaran seterusnya
- Pengedaran serantau
- Aktiviti-aktiviti perdagangan
- Simpanan/Penangguhan cukai ke atas kargo yang di import
- Pemeriksaan dan ‘sampling’
- Tambah nilai
|
- Pecah pukal
- Pembungkusan / dibungkus semula
- Mengasingkan / menggred
- Label / melabel semula
- Membaiki barangan yang disimpan atau transit
|
|
| |
|
|
Kelebihan-kelebihan menggunakan Zon Bebas |
1. Nikmati keistimewaan Penyimpanan Bebas Cukai dan Pengecualian Cukai Jualan |
- Dagangan yang dieksport semula atau dimusnahkan di dalam zon dikecualikan daripada cukai.
- Penangguhan cukai ke atas dagangan luar negara sehingga ia dibawa masuk ke dalam negara.
- Simpan dagangan dalam tempoh tertentu sementara menunggu pasaran yang lebih baik.
- Mempamerkan serta promosi dagangan kepada pelanggan yang berpotensi. Merima tempahan dagangan sebelum membayar duti atau cukai.
|
|
2. Fleksibiliti |
- Nilai dagangan mengikut harga dan ‘ocean freight’.
- Import dagangan tertakluk kepada sebut harga dan disimpan di dalam kawasan zon untuk sebut harga yang baru.
- Melabel semula barangan mengikut piawaian tempatan.
- Menikmati akses yang lebih baik berbanding dengan aktiviti yang dibenarkan di gudang berlesen.
- Memulih atau membaiki dagangan yang rosak.
|
|
3. Mengurangkan Sekatan |
Perintah Kastam menyatakan bahawa (Larangan Mengimport) Arahan 1998, pelbagai barangan boleh dibawa masuk ke dalam Zon Perdagangan Bebas untuk tujuan eksport semula tanpa memerlukan permit import, fleksibiliti dan lebih banyak kargo untuk diperdagangkan.
Kebaikan: |
-
Merendahkan kos
-
Mengurangkan sekatan bagi pindah kapal dan eksport semula
-
Dokumentasi dan prosedur yang ringkas
-
Transaksi tanpa kertas
-
Penyimpanan, konsolidasi dan pengedaran serantau
-
Import ke Kawasan Utama Kastam (KUK) secara berperingkat
-
Penghapusan dan penangguhan cukai
-
Perkhidmatan tambah nilai
|
|
| |
|
|
Tidak memerlukan dokumen yang banyak apabila berurusan di Zon Perdagangan Bebas. Hanya 3 jenis dokumen yang diperlukan iaitu - ZB1 (Import), ZB1 (Eksport) and ZB1 (Pindah Kapal) - bagi memudahkan pergerakkan dagangan di dalam Zon Perdagangan Bebas. Kelulusan pihak Kastam hanya untuk barangan yang diimport ke dalam negara dari zon perdagangan bebas atau pengeksportan barangan ke zon perdagangan bebas. (Pelepasan Kastam memerlukan set borang yang berbeza dari borang ZB).
Permohonan untuk melakukan aktiviti di Zon Perdagangan Bebas, misalnya tambah nilai boleh dilakukan dengan menggunakan dokumen ZB4. |
Jenis Pergerakan |
Borang Yang Ditetapkan |
Dokumen |
Barangan Masuk ke ZB |
ZB1 (Import) |
Manifes Import (K4) Lesen Import* |
Barangan Keluar dari ZB |
ZB1 (Eksport) |
Manifes Eksport (K5) Lesen Eksport * |
Barangan Transshipment |
ZB1 (Pindah Kapal) |
Manifes Pindah Kapal (K6) |
Permohonan Tambah Nilai |
ZB4 |
- |
|
* sekiranya perlu
|
| |
Perlaksanaan sistem di atas dapat mengurangkan masalah lojistik, dan sebagainya bagi membolehkan operasi eksport dan import dijalankan di Zon Perdagangan Bebas 24 jam sehari. |
| |
 |
| |
|
|
Dalam tempoh terdekat, segala kerumitan berurusan dengan pihak berkuasa pelabuhan, operator pelabuhan, Kastam, bank-bank, wakil-wakil perkapalan dan ejen-ejen penghantaran akan berakhir. Pengenalan kepada sistem "Port Klang Community System" (PKCS) berkeupayaan menyediakan kepada pengguna-pengguna satu perkhidmatan yang cekap dan selesa, berdasarkan faktor-faktor berikut:- |
- Pengurangan kos kerana kurang penggunaan dokumen.
- Pergerakan dokumen yang lebih cepat.
- Masa pelepasan kargo yang lebih singkat.
- Maklumat status kargo yang mudah.
|
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengendalian Zon Perdagangan Bebas, sila hubungi:
PEGAWAI |
NOMBOR TELEFON |
TELEFON BIMBIT |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Counter (Free Zone): 03-31677273, 03-31677173,03-31671262 |
Fax : 03-31688229 |
|
 |
|
|
| Senarai Zon Perdagangan Bebas Yang Diwartakan |
No. |
Name of Zone |
Terminal Operators |
Address & Tel. |
1. |
Pelabuhan Utara |
Northport (M) Bhd |
Peti Surat 234
Jalan Pelabuhan Utara
42009 Pelabuhan Kelang
Selangor, Malaysia
Tel : 03-31698888 |
2. |
Pelabuhan Selatan (Southpoint) |
Northport (M) Bhd |
Peti Surat 234
Jalan Pelabuhan Utara
42009 Pelabuhan Kelang
Selangor, Malaysia
Tel : 03-31698888 |
3. |
Pelabuhan Barat |
Westports Sdn Bhd |
Peti Surat 266
Pulau Indah
42009 Pelabuhan Kelang
Tel: 03-31694000 |
|
 |