Pukal Kering

Dianggarkan kargo pukal kering akan meningkat dari 5.3 juta tan dalam tahun 1995 kepada melebihi 7.3 juta tan menjelang tahun 2010.Pukal kering utama yang di import melalui Pelabuhan Klang adalah baja, gandum, gula, jagung, kacang soya dan makanan ternakan, sementara eksport utama pukal kering ialah 'palm kernel expeller'.

 
  Pelabuhan Utara (Northport)
  Pengimportan baja berpukal dikendalikan di sini, iaitu di Dermaga No. 24 dan No. 25. Di sini keupayaan dermaga mampu menerima kapal sehingga 45,000 tan 'displacement'. Kedalaman air ialah 11 meter. Terminal ini terletak diatas sebidang tanah seluas 13.2 hektar dan di lengkapi dengan dua kren kargo pukal dan sistem angkut melalui konveyor yang bergerak sepanjang dermaga terus ke gudang kargo pukal di pesisir pantai.

Urusan mengexport (palm kernel expeller) dan mengimport gula, jagung, makanan ternakan dan simen juga dikendalikan di sini.

 
  Pelabuhan Barat (Westports)
  Terdapat 2 terminal pukal kering di Pelabuhan Barat :-

DB1(Dry Bulk 1)
Terminal DB1 mengendalikan bijirin dan gula. 2 dermaga yang berukuran tiap-tiap satu 200m panjang dan 15m dalam. Ia dilengkapi dengan sistem konveyor dan 2 gantry kren cakup punggah berkeupayaan memunggah sebanyak 2,000 tan sejam.

DB2(Dry Bulk 2)
Westports Slag Terminal - Mempumyai dermaga berukuran 250m panjang dan 13.5m dalam dan boleh menerima kapal-kapal bersesaran 78,000 tan. Kendalian di terminal ini ialah baja, silikon, pasir dan amang.

Westports Cement Terminal - Jeti simen ini mempunyai 8 saluran paip punggah/muat berukuran 285m, saluran-saluran ini terletak diantara jeti dan tempat kemudahan konsaine. Dermaga ini boleh menerima kapal-kapal bersesaran 35,000 tan dan kedalaman maksima 11m. Ia mampu mengepam 800 tan kargo pukal kering sejam yang dipandu oleh teknologi 'pneumatic' terkini yang terdapat di atas kapal-kapal pengangkut simen.
 
  Pelabuhan Selatan (Southpoint)
  Pukal kering (gandum, jagung, makanan ternakan) dikedalikan melalui dermaga No. 3 & 4, yang masing-masing boleh menerima kapal-kapal berkeupayaan sehingga 23,000 dan 20,000 tan sesaran.
   
  Kemaskini terakhir : June 27, 2007