| Zon Dagangan Bebas, Lembaga Pelabuhan Kelang |
| Zon Perdagangan Bebas di Pelabuhan Klang | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tahun 1993 diingati di dalam sejarah Pelabuhan Klang apabila telah diisytiharkan oleh Menteri Kewangan sebagai kawasan Zon Perdagangan Bebas. Northport diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas pada 1 April 1993, diikuti Westports pada 20 Jun 1996 dan Southpoint pada 19 Februari 2004. Di dalam konteks Zon Perdagangan Bebas, hanya aktiviti komersial seperti 'trading', 'breaking bulk', 'grading', 're-packing', 're-labelling' dan 'transit' sahaja dibenarkan di Pelabuhan Klang manakala aktiviti pengilangan dilarang sama sekali.
Walau bagaimanapun, aktiviti pengilangan yang mudah seperti pemasangan yang tidak ringkas dibenarkan tetapi perlu mendapat kelulusan daripada pihak Perbendaharaan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||
| Apakah aktiviti yang di benarkan dalam Zon Perdagangan Bebas? | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Aktiviti yang dibenarkan di dalam Zon Perdagangan Bebas
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
| Apakah kelebihan-kelebihan menggunakan Zon Bebas? | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kelebihan-kelebihan menggunakan Zon Bebas
1. Nikmati keistimewaan Penyimpanan Bebas Cukai dan Pengecualian Cukai Jualan
2. Fleksibiliti
3. Mengurangkan Sekatan
Perintah Kastam menyatakan bahawa (Larangan Mengimport) Arahan 1998, pelbagai barangan boleh dibawa masuk ke dalam Zon Perdagangan Bebas untuk tujuan eksport semula tanpa memerlukan permit import, fleksibiliti dan lebih banyak kargo untuk diperdagangkan.
Kebaikan:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
| Dokumentasi dan Prosedur | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tidak memerlukan dokumen yang banyak apabila berurusan di Zon Perdagangan Bebas. Hanya 3 jenis dokumen yang diperlukan iaitu - ZB1 (Import), ZB1 (Eksport) and ZB1 (Pindah Kapal) - bagi memudahkan pergerakkan dagangan di dalam Zon Perdagangan Bebas. Kelulusan pihak Kastam hanya untuk barangan yang diimport ke dalam negara dari zon perdagangan bebas atau pengeksportan barangan ke zon perdagangan bebas. (Pelepasan Kastam memerlukan set borang yang berbeza dari borang ZB).
Permohonan untuk melakukan aktiviti di Zon Perdagangan Bebas, misalnya tambah nilai boleh dilakukan dengan menggunakan dokumen ZB4.
* sekiranya perlu
Perlaksanaan sistem di atas dapat mengurangkan masalah lojistik, dan sebagainya bagi membolehkan operasi eksport dan import dijalankan di Zon Perdagangan Bebas 24 jam sehari.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
| Transaksi Berkomputer / Elektronik | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Dalam tempoh terdekat, segala kerumitan berurusan dengan pihak berkuasa pelabuhan, operator pelabuhan, Kastam, bank-bank, wakil-wakil perkapalan dan ejen-ejen penghantaran akan berakhir. Pengenalan kepada sistem "Port Klang Community System" (PKCS) berkeupayaan menyediakan kepada pengguna-pengguna satu perkhidmatan yang cekap dan selesa, berdasarkan faktor-faktor berikut:-
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengendalian Zon Perdagangan Bebas, sila hubungi:
* Kaunter Zon Bebas: 03-31677273, 03-31677173,03-31671262 * Faks : 03-31688229
SENARAI ZON PERDAGANGAN BEBAS YANG DIWARTAKAN
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kemaskini terakhir: October 17, 2008 | ||||||||||||||||||||||||||||||||