Perkhidmatan Am
Kemudahan Slop Reception

Perkhidmatan barge ini dibekalkan oleh Vital Environment (Malaysia) Sdn. Bhd. satu syarikat tempatan yang telah diberikan lesen oleh Lembaga Pelabuhan. Alamat syarikat tersebut ialah :

 

Vital Environment (Malaysia) Sdn. Bhd.

No. 92, Mezzanine Floor

Lebuh Turi, Tmn. Chi Liung

41200 Klang, Selangor

Malaysia

Tel: (603) 33717558,    Fax: (603) 33717618

 

Bekalan Minyak ke Kapal

Bekalan minyak ke kapal di sediakan oleh kapal-kapal pembekal minyak ke kapal dan barge.
  Perkhidmatan membekal minyak ke Kapal

Objektif

  • Mengurangkan kejadian kemalangan limpahan minyak yang boleh membahayakan alam sekitar dan keselamatan pelabuhan.
  • Mengurangkan perbezaan, kepincangan dan menyediakan jalan penyelesaian terhadap
    kepincangan tersebut.

Tangki baru yang mampu menyimpan bekalan minyak ke kapal sebanyak 1.3 juta tong di Pelabuhan Barat di jangka boleh menyumbang kearah pembangunan Pelabuhan Klang sebagai pusat muatan kontena.

 

Lembaga Pelabuhan Klang dengan sokongan dan kerjasama Petronas dan Jabatan Marin telah menghasilkan "Port Klang Bunkering Procedures" yang akan menyediakan asas bagi kelancaran dan keberkesanan operasi bekalan minyak ke kapal di Pelabuhan Klang. Sebarang aktiviti untuk membekalkan minyak ke kapal hendaklah mengemukakan notis kepada Lembaga Pelabuhan Klang sekurang-kurangnya 24 jam sebelum operasi pembekalan dijalankan.

 

Kesemua pembekal minyak ke kapal yang di lesenkan oleh LPK adalah di minta mematuhi "Port Klang Bunkering Procedures". Pemunya, penyewa dan pengendali kapal adalah di nasihatkan melakukan yang sama apabila mengambil minyak di Pelabuhan Klang. Senarai pembekal minyak ke kapal di Pelabuhan Klang boleh didapati di alamat di bawah :

 

Northport (M) Berhad  ( Operator Terminal Pelabuhan Utara dan Selatan (South Point) )
Alamat :

P.O. Box 234, 42009 Pelabuhan Klang

Selangor Darul Ehsan.

Tel. : 03-3169 8888 / 03-3169 8890
Fax : 03-3169 8811 / 03-3169 8780
 
Personel untuk dihubungi :
i.  En. Zubir Jaafar
ii.  En. Adnan Ibrahim
iii.  Pn. Fauziah Jaafar
 
Kelang Multi Terminal Sdn. Bhd. ( Operator Terminal Pelabuhan Barat )
Alamat :

P.O. Box 266, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang

Selangor Darul Ehsan.

Tel. : 03-3101 1020 / 03-3169 4000
Fax : 03-3169 4103 / 03-3169 4177
 
Personel untuk dihubungi :
i.  En. Suthahar Kanapathy
ii.  En. Ganesh R.
iii.  En. Mohd. Shamsuri
 

 

Salinan 'Port Klang Bunkering Procedures' boleh didapati dengan menghubungi:
 

Pengurus Dagangan Bahaya
Lembaga Pelabuhan Klang
Bag Berkunci 202, Jalan Pelabuhan
42005 Port Klang, Selangor, MALAYSIA.
Tel: (603) 3168 8211  Fax: (603) 3168 9117

 

  Baikpulih Kapal
 

Kemudahan baikpulih badan dan enjin kapal, peralatan elektrikal dan elektronik di Pelabuhan Klang adalah mencukupi. Kita mempunyai penyelam untuk kerja-kerja mengukur dan baik-pulih.

 

Kita juga mempunyai kemudahan limbungan kering. Muhibbah Shipyard berkeupayaan mengendalikan kapal-

kapal berukuran sehingg 80 meter panjang atau 10,000 dwt.

 

Lain - lain Perkhidmatan Termasuk:

Membekalkan air bersih ke kapal-kapal yang berlabuh di dermaga di kedua-dua pelabuhan iaitu Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat. Di Pelabuhan Selatan dan di tambatan, air di bekalkan melalui bot.

  • - Permaliman
  • - Bot tunda
  • - Ship Chandling
  • - Keselamatan dan & bomba
  • - Pelupusan sampah