| Pukal Cecair |
|
Pelabuhan Klang dijangka akan mengendalikan sebanyak 8.117 juta tan pukal cecair menjelang tahun 2010. |
||||||||||||||||||||
| Pelabuhan Utara (Northport) | ||||||||||||||||||||
|
Komoditi utama ialah minyak sayuran yang ditapis, bahan kimia dan hasil petroleum. Hasil yang di kendalikan oleh syarikat minyak utama seperti Petronas dan BP yang di tempatkan di sini ialah minyak disel, bahan bakar untuk perindustrian dan minyak tanpa plumbum. Terdapat 2 dermaga dolphin (No.22 & No. 23), tiap-tiap satu berukuran 213 meter panjang, untuk kapal-kapal yang berkeupayaan sehingga 60,000 tan sesaran. |
||||||||||||||||||||
|
Pelabuhan Selatan (Southpoint) |
||||||||||||||||||||
| Pengeksportan pukal cecair yang dikendalikan di sini ialah minyak kelapa sawit, minyak kelapa dan susu getah. Dermaga No. 1 & 2 mempunyai saluran paip untuk memuatkan dagangan eksport. Tiap-tiap satu dermaga berukuran 117 meter panjang dan 10.5 meter kedalaman air untuk mengendalikan kapal-kapal berkeupayaan sehingga 40,000 tan sesaran. | ||||||||||||||||||||
| Pelabuhan Barat (Westports) | ||||||||||||||||||||
| Paip yang dipunyai oleh pemilik-pemilik tertentu berukuran diantara 250 hingga 1000 meter panjang mampu untuk melakukan pemindahan muatan cecair sehingga ke tahap maksima 6,000 tan sejam. Penggunaan 'loading arm' akan membolehkan sambungan ke kapal dilakukan dalam masa 10 saat ke 1 minit selepas kapal berlabuh. | ||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||
| Kemaskini terakhir : June 27, 2007 | ||||||||||||||||||||