|
Sistem
Pengurusan Pergerakan Kapal (VTMS) Pelabuhan Klang yang diselia oleh LPK
dilaksanakan bagi menjamin keselamatan pelayaran di perairan pelabuhan.
Radar
Pusat Kawalan Kawasan (ACC) yang terletak di tingkat 19 bangunan perdagangan
Westport dapat mengesan kapal-kapal pada jarak jangkauan 26 batu nutika.
Dua lagi radar yang serupa ditempatkan di Pulau Angsa dan Bukit Jugra.
Sistem
ini boleh membekalkan maklumat tentang kapal-kapal yang singgah di
pelabuhan, kargo-kargo yang diangkut, pelabuhan yang akan dan yang
terakhir disinggahi dan juga butiran kapal. Pusat ini juga menyediakan
maklumat permaliman seperti kedudukan kapal dan kepadatan trafik yang
menghala ke satu destinasi. Maklumat-maklumat ini adalah untuk perancangan
laluan.
|