Lembaga Pelabuhan Kelang

Dagangan Berbahaya

Change font size:

Undang-undang Kecil Lembaga Pelabuhan Klang (Pindaan) 1989 merujuk kepada pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan dagangan berbahaya di Pelabuhan Klang. Jadual Pertama (By-Laws 122) mengandungi senarai dagangan berbahaya yang diambil daripada International Maritime Dangerous Goods Code (IMDG Code). Semua dagangan berbahaya yang melalui Pelabuhan Klang perlu di isytiharkan kepada pihak berkuasa 48 jam sebelum ketibaan kapal. Penyerahan pengisytiharan dagangan berbahaya boleh dibuat secara elektronik sejak tahun 2000.