Pusat Sehenti
Pusat Agensi Setempat
Lembaga Pelabuhan Kelang telah menubuhkan Pusat Agensi Setempat untuk memberi kemudahan penubuhan industri berkaitan dengan pelabuhan bagi meningkatkan jumlah pengendalian kargo di Pelabuhan Klang.
Sebarang perniagaan yang dijalankan walau di mana sakali pun memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Di Lembaga Pelabuhan Klang, Pusat Agensi Setempat akan memastikan soal remeh temeh dihapuskan.
Pusat Agensi Setempat akan berkerjasama, menyelaras dan membuat susulan dengan pihak berkuasa berkaitan tentang kelulusan yang di perlukan.
Pusat Agensi Setempat sedia memberi pertolongan kepada :
1.Semua jenis perniagaan yang akan menjana tambahan kendalian kargo kepada Pelabuhan Klang seumpama:-
- Aktiviti-aktiviti berkaitan pindah kapal
- Aktiviti konsolidasi kargo
- Pergudangan
- Perkhidmatan-perkhidmatan pengedaran
- International procurement Centers
- Aktiviti-aktiviti tambah nilai
- Bonded warehouses
- Lesen Gudang Pengilangan Berlesen
2. Perniagaan-perniagaan berkaitan pelabuhan
- Penubuhan Pejabat-pejabat Wakil
- Penubuhan Agensi-agensi Perkapalan
- Penubuhan Pejabat-pejabat Broker Kapal
- Penubuhan Pejabat-pejabat Broker Kastam
- Penubuhan Pejabat-pejabat Agensi Perkapalan Utama
Kelebihan menggunakan Pusat Agensi Setempat
Lembaga Pelabuhan Klang menyediakan perkhidmatan setempat. Pusat Agensi Setempat akan berkerjasama, menyelaras dan membuat susulan segala permohonan untuk memperolehi kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Antara lesen-lesen dan permit-permit yang akan dikendalikan adalah:
•Pendaftaran syarikat berhad tempatan dan cawangan syarikat asing dengan Pendaftar Syarikat.
•Lesen gudang Berlesen Awam/Swasta dengan Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia
•Lesen Gudang Pengilangan Berlesen dengan Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia.
•'Inland Clearance Depots' dengan Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia
•Lesen Mengimport Rokok/Tembakau dengan Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia.
•Lesen Mengimport Minuman Keras dengan Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia.
•Lesen Pengilangan dengan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
•Lesen Cukai Perkhidmatan/Jualan dengan Jabatan Kastam dan Eksais Si Raja Malaysia.
•Perlantikan Agen Perkapalan dengan Jabatan Kastan Dan Eksais Di Raja Malaysia.
•Perlantikan Agen Penghantaran dengan Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia.
•International Procurement Center dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
•Jawatan Pegawai Dagang Baru (JKPB) dengan Jabatan Imigresen.
•Penyewaan Tanah/Gudang di kawasan pelabuhan.
•Kelulusan Permit Bangunan.
•Kelulusan Ibupejabat Seberang laut dengan Kementerian Kewangan.
Selain di atas, Lembaga Pelabuhan Klang juga turut membantu dalam lain-lain bidang seperti kajian 'feasibility' atau menyelesaikan masalah-masalah operasi. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana menjalankan perniagaan di Pelabuhan Klang, sila hubungi:
| NAMA | JAWATAN | HUBUNGI |
| S.Kumaresen | Manager | Tel : 03-31688211 ext. 2001 Mobile : 012-2775714 Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya |
| Zulaini B. Rohani | Admin Officer | Tel : 03-31688211 ext. 2031 Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya |
| Amir Qair Bin Ismail |
Admin. Officer |
Tel : 03-31688211 ext. 2026 Email : amirqair@pka.gov.my |
| Haslina Bt. Ahmad |
Assist. Admin. Officer |
Tel : 03-31688211 ext. 3067 Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya |
| Zamzuraini Izma Bt. Zainal Abidin |
Admin Assist. |
Tel : 03-31688211 ext. 2029 Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya |
| Shahrul Hisham B. Ismail |
Admin Assist. |
Tel : 03-31688211 ext. 2030 Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya |
| One Stop Centre |
|
Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya |


Aktiviti terkini
-
Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Dan Semua Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) - Wakil Pekerja LPKPerjumpaan akan diadakan seperti berikut:-Read More...
Tarikh : 31...
- 1
Celebrating 50 Years of Excellence
Mobile Web







































