Terminal Kenderaan

Change font size:

Pusat Transit Kenderaan , Pelabuhan Barat (Westports)
 
Terminal kenderaan ini merupakan syarikat usahasama di antara, Konsortium Perkapalan Bhd., Kelang Multi Terminal, NYK Line dan Mitsui OSK Line. Terminal ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan pra-penghantaran dan pra-penyerahan, sistem mengesan kenderaan berkomputer, baik-pulih secara kecil-kecilan dan perlindungan insuran.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuk lapangan terbuka yang boleh menempatkan 40,000 buah kenderaan pada satu masa, bengkel baik-pulih badan kenderaan, ruang pembungkusan dan memasang eksesori.