Lembaga Pelabuhan Kelang

Infrastruktur

Change font size:

Dengan segala kemudahan yang tersedia dan disertai dengan infrastruktur pengangkutan yang berkesan Pelabuhan Klang pada bila-bila masa mampu mengendalikan jumlah kargo yang kian meningkat.
   
Jalan Raya
Laluan Ekspress Utara Selatan sepanjang 900 km bermula dari Bukit Kayu Hitam yang terletak di sempadan Malaysia Thai ke Tambak Johor di selatan tanahair. Laluan Ekspress ini merentasi sepanjang pantai barat Semenanjung beserta dengan Laluan Ekspress Lembah Klang dan Laluan 2 Lebuhraya Persekutuan, memainkan peranan penting dalam pengedaran dan pengendalian import dan eksport kargo di antara Pelabuhan Klang dan daerah pedalamannya.

Rel  
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) syarikat korporat yang menjalankan operasi untuk memberi perkhidmatan mengangkut kontena dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang dan Bangkok. Ia juga memberi perkhidmatan 6 hari seminggu di antara Ipoh Cargo Terminal (sebuah pelabuhan darat di bahagian utara negeri Perak) dengan Pelabuhan Klang

Udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mula beroperasi pada penghujung tahun 1998. Ia terletak lebih kurang 75 km di Sepang, kawasan "Multimedia Supercorridor" Malaysia.