Khamis, Oktober 23, 2014
Blue Grey Orange Red Black Reset

 

   
Text Size

Lembaga Pelabuhan Kelang

Latarbelakang

Change font size:

Pelabuhan Utama Malaysia
Pelabuhan Kelang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih kurang 40 km dari Ibu Negara, Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya yang berdekatan dengan Lembah Kelang yang terkenal sebagai pusat perdagangan dan perindustrian negara dan juga sebagai kawasan berpenduduk yang paling ramai mempastikan bahawa peranan yang dimainkan oleh pelabuhan telah membantu membangunkan ekonomi negara. Berpandukan arahan Kerajan dalam tahun 1993, Pelabuhan Kelang kini telah dibangunkan sebagai Pusat Muatan Negara dan seterusnya sebagai pusat muatan pindah kapal bagi rantau ini.

Sejajar dengan pelbagai strategi bagi menggalakkan Pelabuhan Kelang menjadi pusat muatan negara sejak 1963, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan di Pelabuhan Kelang kini setanding dengan pelabuhan-pelabuhan bertaraf dunia. Pelabuhan ini telah menjalin hubungan perdagangan dengan lebih 120 negara dan berurusan dengan lebih 500 pelabuhan seluruh dunia. Lokasinya yang ideal menjadikan pelabuhan sebagai pelabuhan persingahan yang pertama bagi kapal-kapal yang menuju arah ke timur dan singahan akhir bagi kapal-kapal menuju ke barat untuk laluan dagangan Timur Jauh Eropah

Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK)
Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963 bagi mengambil  alih pentadbiran Pelabuhan Kelang daripada Keretapi Tanah Melayu.
 
Penubuhan

Sejajar dengan polisi kerajaan untuk menanam semangat pengurusan sektor swasta dalam pelbagai bidang yang dimiliki dan kawalan kerajaan di negara ini, maka penswastaan pertama kemudahan utama pelabuhan telah dilaksanakan di Pelabuhan Klang. Dalam tahun 1986 kemudahan kontena terminal yang dikendalikan oleh LPK telah diswastakan kepada Klang Container Terminal Berhad. LPK mengekalkan 20% ekuitinya dalam syarikat tersebut. Lanjutan daripada penswastaan itu baki kemudahan operasi pelabuhan telah diswastakan kepada Klang Port Management Sdn Bhd pada tahun 1992. Kemudahan pelabuhan yang baru dibangunkan di Pulau Indah (Pulau Lumut) telah diswastakan kepada Kelang Multi Terminal Sdn Bhd dalam tahun 1994. Mereka diberi pilihan untuk membangunkan baki pembangunan kemudahan pelabuhan seperti yang terancang dalam Pelan Induk Pelabuhan (1990-2010).

Melalui penswastaan kemudahan-kemudahan operasi dan perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan terbahagi kepada 3 entiti yang berbeza di bawah 3 siri penswastaan yang berasingan, Lembaga Pelabuhan Klang telah mempertingkatkan peranannya sebagai pemudahcara perdagangan, mengawalselia dan sebagai tuan tanah. Teras fungsi utama lembaga di bawah peranan yang diubahsuai adalah seperti berikut:-
•Pemudahcara Perdagangan
•Pembangunan dan Perancangan Pelabuhan
•Mengawal selia perjalanan kemudahan-kemudahan perkhidmatan penswastaan
•Penguatkuasa Zon Bebas
•Pengurusan Harta
 
 Fungsi
•Perancangan dan pembangunan Pelabuhan
•Mengawal selia perjalanan kemudahan-kemudahan perkhidmatan penswastaan
•Kemudahan Perdagangan
•Pengurusan Harta

hubungikami

Advertisement

Transport Events

:: LEMBAGA PELABUHAN MELAKA ::

Malacca Port Information HandbookARRIVAL NOTIFICATION FORMSHIP PARTICULARSNotices

Multimedia

Photo Album Video icon newsletter
Album Gambar Video Korporat Keratan Akhbar

Mobile Web

mobileweb

MY GOVMOT nhclink

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4825
mod_vvisit_counterYesterday5023
mod_vvisit_counterThis week25423
mod_vvisit_counterLast week34252
mod_vvisit_counterThis month119407
mod_vvisit_counterLast month157692
mod_vvisit_counterAll days5743415

facebook twitter

Pensijilan

SIRIM CERTIFIED TO ISO 9001 : 20008 (AR3579)
MS ISO/IEC 17021:2006 QS 02121999 CB01

Sila pertimbangkan persekitaran sebelum mencetak dokumen-dokumen dalam laman web ini.
Copyright © 2010 - Port Klang Authority

Lembaga Pelabuhan Kelang
Beg Berkunci 202,Jalan Pelabuhan Utara,
42005 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

LPK Pusat Panggilan
Tel.: 603 - 3168 8211
Fax.: 603 - 3168 7626
Email.: onestopagency@pka.gov.my
       : webmaster@pka.gov.my  

Paparan Resolusi Terbaik : 1280 x 800
Standard digunakan : XHTML CSS