Pembangunan Pelabuhan

Change font size:

Masa Hadapan
Lembaga Pelabuhan Klang telah mengenalpasti kemudahan-kemudahan tambahan sebagai sebahagian daripada 'supply-driven policies'. Apabila Pelabuhan Barat siap sepenuhnya kemudahan-kemudahan di Pelabuhan Klang akan mampu untuk mengendali dagangan yang di jangka meningkat ke 130.5 juta tan menjelang tahun 2010. Pengendalian kontena di ramal pada tarikh itu akan berjumlah 8.4 juta TEUs.

Sebagai sebahagian daripada pelan induk, pembangunan Pelabuhan Klang juga termasuk pembesaran pelabuhan seterusnya kemudahan-kemudahan pelabuhan akan terus menghala ke bahagian selatan Pelabuhan Klang iaitu diantara Tanjung Rhu dan Batu Laut (30 km dari Pelabuhan Klang). Teras utama kepada pembangunan ini adalah tertumpu kepada bahagian perindustrian yang melibatkan pengeluaran yang besar.

Pembangunan Pelabuhan Klang selari dengan perkembangan ekonomi kawasan tengah negara dan juga identitinya sebagai pusat dagangan pindah kapal.