Sabtu, Mei 25, 2013
Blue Grey Orange Red Black Reset

 

   
Text Size

Lembaga Pelabuhan Kelang

Piagam Pelanggan

JABATAN GERAKAN MARIN

  • Mengisytiharkan kedalaman alur pelayaran dan dermaga-dermaga seterusnya memastikan kedalaman yang diisytiharkan diselenggara oleh operator-operator pelabuhan.
  • Menjalankan kajian dan perbandingan 'bathymetric', kedalaman dermaga-dermaga Pelabuhan Klang setiap tiga (3) bulan, alur-alur pelayaran setiap enam (6) bulan dan memaklumkan laporan ini kepada pengguna-pengguna pelabuhan.
  • Memantau, mengawal dan melicinkan semua pergerakan kapal-kapal keluar-masuk pelabuhan dalam usaha memastikan kemalangan sifar dan tiada kelewatan pergerakan kapal-kapal berlaku.

JABATAN DAGANGAN BERBAHAYA

  • Memastikan tidak kurang dari 98% daripada jumlah deklarasi elektronik lengkap Dagangan Berbahaya yang diterima dari 0800 jam hingga 1800 jam diproses dalam masa 60 minit dari masa deklarasi diterima.

JABATAN PUSAT AGENSI SETEMPAT

  • Memastikan setiap pertanyaan, aduan dan maklumbalas yang diterima dari pihak pelanggan diakui terima dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan memaklumkan tindakan/siasatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh surat akuan terima.

JABATAN ZON BEBAS

  • Memastikan tidak kurang dari 98% dari pengisytiharan elektronik yang lengkap dari jam 0800 jam hingga 1800 jam diproses dalam tempoh 60 minit dari ianya diterima.

JABATAN KESELAMATAN DAN BOMBA

  • Memantau aktiviti keselamatn dan bomba supaya operator-operator pelabuhan mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang terpakai di dalam kawasan pelabuhan melalui pemeriksaan keselamatan dan bomba yang dijalankan sekurang-kurangnya empat (4) kali seminggu.
  • Menjalankan pemeriksaan kebombaan ke atas premis-premis di dalam kawasan pelabuhan dua (2) kali setahun supaya sistem pemadam kebakaran yang terdapat di bangunan berkenaan adalah mematuhi Akta Bomba dan peraturan-peraturan serta Undang-undang Bangunan Seragam.

JABATAN KEWANGAN

  • Memastikan Pembayaran dapat dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

JABATAN HARTANAH

  • Memastikan setiap permohonan pajakan tanah dan bangunan Lembaga Pelabuhan Klang yang lengkap diproses dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh diterima untuk keputusan Jemaah Lembaga.
  • Memastikan setiap permohonan sewaan tanah dan bangunan Lembaga Pelabuhan Kelang yang lengkap diproses dalam masa satu (1) bulan dari tarikh diterima untuk keputusan pengurusan.

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Memastikan segala gangguan sistem ICT diselesaikan dalam tempoh masa empat (4) jam. Sekiranya gangguan sistem tidak dapat dipulihkan dalam masa empat (4) jam, proses manual akan diaktifkan seperti yang terkandung dalam Standard Operating Procedure (SOP).

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

  • Memastikan pelan-pelan pembangunan di dalam kawasan pelabuhan yang diterima adalah mengikut Pelan Pembangunan Pelabuhan dan ditandatangani dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

  • Memastikan bahawa segala gangguan bekalan elektrik berskala kecil dapat dipulihkan dalam tempoh kurang dari tiga (3) jam.
  • Memastikan bahawa segala gangguan bekalan elektrik berskala besar dapat dipulihkan dalam tempoh kurang dari dua puluh empat jam (24) jam.
     

JABATAN PERANCANGAN

  • Memastikan agar prestasi kendalian di Pelabuhan Klang bagi setiap bulan dapat disediakan bagi maklumat pelanggan selewat-lewatnya pada 12hb. bulan berikutnya.

hubungikami

Advertisement

Aktiviti terkini

Celebrating 50 Years of Excellence

Multimedia

Photo Album Video icon newsletter
Album Gambar Video Korporat Keratan Akhbar

Mobile Web

mobileweb

Pemilihan

Adakah anda berpuas hati dengan paparan terkini Lembaga Pelabuhan Kelang

MY GOVMOT nhclink

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday2162
mod_vvisit_counterYesterday4832
mod_vvisit_counterThis week47867
mod_vvisit_counterLast week46926
mod_vvisit_counterThis month142317
mod_vvisit_counterLast month143534
mod_vvisit_counterAll days2762242

facebook twitter

Pensijilan

SIRIM CERTIFIED TO ISO 9001 : 20008 (AR3579)
MS ISO/IEC 17021:2006 QS 02121999 CB01

Sila pertimbangkan persekitaran sebelum mencetak dokumen-dokumen dalam laman web ini.
Copyright © 2010 - Port Klang Authority

Lembaga Pelabuhan Kelang
Beg Berkunci 202,Jalan Pelabuhan Utara,
42005 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

LPK Pusat Panggilan
Tel.: 603 - 3168 8211
Fax.: 603 - 3168 7626
Email.: onestopagency@pka.gov.my
       : webmaster@pka.gov.my  

Paparan Resolusi Terbaik : 1280 x 800
Standard digunakan : XHTML CSS