Ahad, Disember 17, 2017
Blue Grey Orange Red Black Reset

 

   
Text Size

Lembaga Pelabuhan Kelang

Piagam Pelanggan

Change font size:

Piagam Pelanggan Umum

  • Memastikan persekitaran dan infrastruktur pelabuhan yang selamat dan selesa selaras dengan piawaian yang ditetapkan.                  
  • Memastikan setiap permohonan lesen/permit dan pengikraran elektronik diproses dalam tempoh yang ditetapkan.               
  • Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra.               
  • Memastikan perkhidmatan, pembangunan dan infrastruktur pelabuhan berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan kos yang efektif, penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) serta tenaga kerja mahir.

Piagam Pelanggan Khusus

Piagam Pelanggan Jabatan-jabatan di LPK: 

Jabatan Sumber Manusia
-     Memastikan urusan permohonan berkaitan perubatan bagi pesara dapat diselesaikan dalam tempoh satu (1) minggu bagi kelulusan dalaman dan tiga (3) minggu dengan dokumen lengkap dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jabatan Pentadbiran Am
-       Memastikan Surat Setuju Terima dikeluarkan dalam masa dua (2) hari bekerja kepada petender yang berjaya selepas keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan.
-       Memastikan surat/e-mel makluman dikeluarkan kepada Jabatan Teknologi Maklumat dalam tempoh satu (1) hari untuk mempamerkan keputusan perolehan di dalam Laman Sesawang LPK.
-       Memastikan alat tulis dibekalkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas borang pesanan diterima.
-       Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Peringkat LPK diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun.
-       Memastikan minit mesyuarat disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari.
-       Memastikan sistem pengurusan fail dilaksanakan dengan kesilapan sifar.
-       Memastikan ceramah Penerapan Nilai – Nilai Islam diadakan satu (1) kali sebulan.

Jabatan Kewangan
Pembayaran Gaji dan Elaun
-
Memastikan pembayaran gaji dan elaun kakitangan dan pegawai setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara.
Pembayaran Bil
-
Memastikan bil dibayar 100% dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen baucer yang lengkap. 
Pengeluaran Resit
-
Memastikan semua resit dikeluarkan serta-merta bagi penerimaan wang tunai / cek / bank deraf.
Mengurus Pinjaman Perumahan, Komputer dan kenderaan
-
Memastikan pengurusan rekod pinjaman Perumahan, Komputer dan Kenderaan kakitangan dengan sempurna.
Memasukkan Kutipan ke Bank
-
Memastikan semua kutipan dimasukkan ke bank dalam masa satu (1) hari dari tarikh dari tarikh penerimaan kutipan.
Pengeluaran Bil
-
Memastikan pengeluaran Bil kepada penyewa atau pemajak pada minggu pertama setiap bulan bergantung kepada terma dan syarat-syarat penyewaan atau pajakan.

Jabatan Audit Dalam
-       Memastikan satu fungsi bebas dalam memeriksa dan menilai aktiviti Lembaga Pelabuhan Kelang dan anak syarikat dijalankan sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
-       Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Audit dijalankan sebanyak empat (4) kali setahun.

Jabatan Kejuruteraan Awam
-       Memastikan pelan-pelan pembangunan di dalam kawasan pelabuhan yang diterima adalah mengikut Pelan Pembangunan Pelabuhan dan ditandatangani dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Elektrik (M&E)
-       Memastikan bahawa segala gangguan melibatkan sistem mekanikal dan elektrik diambil tindakan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

Jabatan Teknologi Maklumat
-       Memastikan segala gangguan sistem ICTdiselesaikan dalam tempoh empat (4) jam. Sekiranya gangguan sistem tidak dapat dipulihkan dalam masa empat (4) jam, proses manual akan diaktifkan seperti yang terkandung dalam Standard Operating Procedure (SOP).

Jabatan Gerakan Marin
-       Memastikan kajian bathymetric dijalankan setiap tiga (3) bulan untuk dermaga-dermaga di pelabuhan dan setiap enam (6) bulan untuk alur-alur pelayaran di pelabuhan serta mengeluarkan laporan kedalaman kepada pengguna-pengguna pelabuhan.
-       Memastikan keselamatan dan keselesaan kapal-kapal keluar/ masuk pelabuhan terjamin dengan memastikan kemalangan sifar dan membekalkan perkhidmatan pemaliman yang efisyen serta Malim-Malim yang berkompetan. 

Jabatan Perundangan
-    Memastikan semua tindakan penyempurnaan perjanjian diantara LPK dengan pihak lain dilaksanakan sebaiknya mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peraturan yang terpakai.

Jabatan Komunikasi Korporat
-       Memastikan aktiviti promosi perdagangan diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. 
-       Memastikan aktiviti/kempen amal dan lawatan sosial diadakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. 

Jabatan Pengurusan Hartanah
-       Memastikan setiap permohonan pajakan dan sewaan tanah Lembaga Pelabuhan Kelang diluluskan dalam masa satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
-       Memastikan setiap permohonan Pelesenan Pelbagai Perkhidmatan Sampingan Pelabuhan diluluskan dalam masa dua (2) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Jabatan Keselamatan
-       Memastikan Notis Pra Ketibaan Kapal (Pre Arrival Notification) diproses dalam tempoh dua (2) jam selepas penerimaan bagi memastikan semua peraturan keselamatan berkenaan ISPS Code dipatuhi dan permohonan pelanggan tidak dilewatkan.
-       Memastikan pemeriksaan dan rondaan keselamatan dijalankan terhadap terminal-terminal di bawah seliaan LPK secara berkala iaitu empat (4) kali seminggu dan rondaan malam empat (4) kali sebulan, ianya adalah bagi mewujudkan keadaan pelabuhan yang selamat kepada pengguna pelabuhan. 

Jabatan Bomba
-     Memastikan permohonan kelulusan kerja panas atas kapal dalam tempoh dua (2) jam pada hari bekerja dan empat (4) jam selepas waktu bekerja dan hari cuti.
-     Memastikan pemeriksaan audit kebakaran diadakan sebanyak dua (2) kali setahun di bangunan-bangunan dan kawasan tanggungjawab LPK bagi memastikan aspek-aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran dipatuhi.

Jabatan Perancangan dan Pembangunan (PP)
-       Memastikan agar prestasi kendalian di Pelabuhan Klang bagi setiap bulan dapat disediakan bagi maklumat pelanggan selewat-lewatnya pada 12hb bulan berikutnya

Jabatan Penswastaan & Pelaburan (P&P)
-       Memastikan Mesyuarat Pemantauan Aktiviti Penswastaan bersama Operator-Operator Pelabuhan diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun bagi memastikan matlamat penswastaan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dipatuhi. 

Jabatan Pusat Sehenti (OSC)
-       Memastikan setiap maklumbalas yang diterima daripada pihak pelanggan diaku terima di dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memaklumkan tindakan/hasil siasatan di dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat akuan penerimaan dikeluarkan. 

Jabatan Zon Bebas (ZB)
-          Memastikan semua pengikraran elektronik yang lengkap antara jam 0800 hingga jam 1800 diproses dalam tempoh 60 minit dari masa diterima untuk pencapaian 100% sekurang-kurangnya 2 bulan setiap tahun

Jabatan Dagangan Berbahaya (DG)
-     Memastikan semua pengikraran elektronik yang lengkap antara jam 0800 hingga jam 1800 diproses dalam tempoh 60 minit dari masa diterima untuk pencapaian 100% sekurang-kurangnya 2 bulan setiap tahun. 

hubungikami

Pengurus Besar LPK

:: LEMBAGA PELABUHAN MELAKA ::

MIHB PAN P5
NOTICES bod SM

Multimedia

Photo Album Video egateway
Album Gambar Video Korporat eGateway

PKA eDCFZ Mobile apps

MY GOVMOT nhclink

facebook twitter

gst logo

Pensijilan

UntitledUntitled2

SIRIM CERTIFIED TO ISO 9001:2015 (AR3579)
MS ISO/IEC 17021/2011 QS02121999 CB01

Untitled3Untitled4Untitled5

ISO/IEC 27001:2013
CERT NO . : AR 6092
 

 

Lembaga Pelabuhan Kelang
Beg Berkunci 202,Jalan Pelabuhan Utara,
42005 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

LPK Pusat Panggilan
Tel.: 603 - 3168 8211
Fax.: 603 - 3168 7626
Email.: onestopagency@pka.gov.my
       : webmaster@pka.gov.my  

Paparan Resolusi Terbaik : 1280 x 800
Standard digunakan : XHTML CSS