LPK Logo

Logo LPK

logo

Suatu lambang peranan baru Lembaga Pelabuhan Kelang dalam era selepas penswastaan - daripada pengendali kargo kepada fasilitator perdagangan.

Logo ini merupakan suatu gabungan nama penuh pelabuhan dan lambang yang menarik diperolehi daripada  huruf  ‘P’ dan ‘K’, singkatan  nama bagi pelabuhan.

 Nama penuh dalam huruf besar dengan jelas membentuk nama pelabuhanNama negara di bawahnya menyatakan dari mana negara asal pelabuhan.

 Huruf berwarna hijau kebiru-biruan dan dihujung  ‘P’ yang melengkuk dikaitkan dengan laut dan naungan bagi kapal-kapal.

 Tanda petunjuk arah berwarna kelabu tua merupakan lambang yang memberi gambaran tentang peranan pelabuhan pada masa hadapan yang lebih dinamik bagi negara ini di dalam perdagangan maritim negara.

 Keseluruhannya, warna korporat hijau kebiru-biruan dan kelabu melambangkan laut dan sikap perkecualian Lembaga Pelabuhan.

 Tarikh logo ini dilancarkan pada 15 Julai 1991 oleh Yang Berhormat Menteri  Pengangkutan Malaysia.