Selamat datang ke Laman Web Rasmi Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013!
Kami amat berbesar hati dan gembira anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelabuhan kami. Kami berharap semasa anda melayari laman web kami, anda akan mengetahui kekuatan kami dan mengumpul segala peluang yang ditawarkan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Utama Malaysia.
2013 merupakan tahun yang penting dan tidak dapat dilupakan bagi Pelabuhan Klang. Tahun ini, LPK meraikan ulang tahun yang ke-50. LPK telah ditubuhkan pada 1 Julai 1963 sebagai sebuah badan berkanun yang mengambil alih pentadbiran dan pengendalian pelabuhan daripada Keretapi Tanah Melayu. LPK bertanggungjawab untuk pembangunan dan operasi Pelabuhan Klang sehingga detik penswastaan Northport pada tahun 80-an dan Westports pada tahun 90-an. LPK kemudian mengurangkan penglibatan secara langsung dalam operasi pelabuhan dan kekal sebagai mengawalselia/tuan tanah. Hari ini, 50 tahun kemudian, LPK telah membentuk semula peranannya kepada 5 fungsi teras, iaitu; Pemudahcara Perdagangan, Pembangunan dan Perancangan Pelabuhan, Mengawal selia perjalanan kemudahan-kemudahan perkhidmatan penswastaan, Penguatkuasa Zon Bebas dan Pengurusan Harta. Ini merupakan visi kami untuk Mengekalkan Pelabuhan Kelang sebagai Pusat Muatan Negara di samping menjadikannya sebagai hab logistik pilihan di rantau ini.
Kami telah memulakan 2013 dengan pencapaian yang unggul dengan melepasi tanda 10 Juta TEU (dua puluh kaki unit setara) dalam pengendalian kontena pada tahun 2012. Pelabuhan Klang telah mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 4.1% dalam pengendalian kontena berbanding 2011 dengan jumlah 10.0 juta TEU dimana Northport mengendali 3.09 TEU manakala Westports mengendali 6.91 TEU. Sejajar dengan prestasi positif ini, Pelabuhan Klang kini telah meningkat naik dari kedudukan ke-13 pada tahun 2011 kepada kedudukan ke-12 dalam Liga Dunia Kontena Pelabuhan bagi tahun 2012.
Kami teruskan dengan sambutan jubli emas pada tahun ini dengan pengendalian Kontena ke-100 Juta pada Februari 2013 sejak bermulanya operasi kontena pada tahun 1972. Tokyo Bay, kapal generasi ke-3 dengan kapasiti sebanyak 2961 TEU adalah merupakan kapal kontena pertama kami. Hari ini, pada tahun 2013, Pelabuhan Klang telah mengendalikan kapal kontena terbesar di dunia iaitu, CMA CGM Marco Polo dengan kapasiti 16,000 TEU.
"Sambutan Maiden Call" oleh CMA CGM Marco Polo pada bulan Januari 2013 telah dianjurkan oleh salah sebuah terminal operator swasta Pelabuhan Klang, Westports (M) Sdn Bhd sebagai tanda kejayaan bagi pengendalian 50 Juta TEU sejak bermulanya operasi kontena pada tahun 1996.
Kejayaan Pelabuhan Klang dan peningkatan kami yang positif telah disumbangkan oleh beberapa faktor, terutamanya; kecekapan terminal-terminal operator, sokongan yang padu daripada pihak Kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Pengangkutan, syarikat-syarikat perkapalan dan logistik, dan yang paling utama adalah sokongan serta komitmen dari syarikat-syarikat perkapalan utama yang telah menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hab mereka. Di samping itu, kerjasama dan koordinasi antara Lembaga Pelabuhan dan terminal-terminal operator, Northport dan Westports telah menjadikan strategi promosi dan pemasaran yang berterusan Pelabuhan Klang berjaya.
Salah satu kunci kekuatan Pelabuhan Klang adalah didorong oleh kemudahan-kemudahan pelabuhan yang mencukupi dengan pengendalian kontena dengan kapasiti 14 juta TEU setahun dan dipertingkatkan dengan kemudahan-kemudahan pengendalian yang bertaraf antarabangsa. Pada tahun 2012, Pelabuhan Klang telah menyaksikan peningkatan sebanyak 2 juta TEU dalam kapasiti dan kami menjangkakan peningkatan kapasiti yang lebih bagi tahun 2013 dengan rancangan pembangunan oleh kedua-dua terminal kami.
Pembangunan Terminal Kontena 4 (CT4) Northport yang baru sedang berjalan lancar mengikut jadual, dengan Dermaga 8A, yang merupakan sebahagian daripada CT4, dijangka beroperasi sepenuhnya pada Julai tahun ini. Northport juga akan melabur dalam peralatan baru untuk menyokong kecekapan operasinya. Semua peralatan bagi operasi CT4 sedang dalam proses penghantaran dijangka tiba bersama-sama empat kren super post-panamax pada suku kedua tahun 2013 bertepatan dengan penyiapan Dermaga 8A. Northport juga memperolehi 13 unit RTG-elektrik (E-RTG) untuk operasi pengendalian kontena selaras dengan visi Lembaga Pelabuhan untuk mengurangkan kesan karbon dan menuju ke arah pelabuhan "hijau".
Westports sedang meneruskan perancangan pembangunannya dengan penyempurnaan pembinaan baki jeti sepanjang 300 meter di Terminal Kontena 6 (CT6) dan pada masa yang sama memulakan pembinaan Terminal Kontena 7 (CT7) dengan tambahan sebanyak 600 meter. Pelabuhan ini telah menempah tambahan 4 Kren, dimana 2 daripadanya telah dihantar pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan 2 lagi pada Februari 2013. Pembinaan CT7 dijangka siap pada awal 2014 dengan tambahan 7 Kren, E-RTG, Lori-lori dan ruang perkarangan untuk menyokong semua operasi. Pada masa ini kerja-kerja penebusgunaan sedang dilakukan di CT7.
Dalam usaha kami untuk mengekalkan daya saing dan menarik lebih banyak syarikat perkapalan ke pelabuhan kami, LPK kini merancang untuk mendalamkan perairan masuk ke pelabuhan kami dan kini dalam proses meningkatkan kedalaman sedia ada dari -16.5 meter ke -18 meter untuk menampung kapal kontena dengan kapasiti 18,000-TEU di masa akan datang.
Dengan segala usaha dan inisiatif yang telah diambil, kami yakin akan melepasi pencapaian yang telah dicapai pada tahun 2012 dan akan terus berkembang untuk menjadi salah satu pusat muatan terbesar di dunia.
Terima kasih atas sokongan serta minat anda terhadap Pelabuhan Klang dan kami mengalu-alukan kerjasama bersama-sama anda untuk masa depan yang lebih cerah.


Aktiviti terkini
-
Bengkel MS ISO 27001:2007 (ISMS) - Penilaian Risiko (Risk Assessment) Peringkat KeduaBengkel MS ISO 27001:2007 (ISMS) - Penilaian Risiko (Risk Assessment)...Read More...
- 1
Celebrating 50 Years of Excellence
Mobile Web









































