Soalan Lazim

Change font size:

What is a Free Zone?
A Free Zone has the meaning assigned to it under Section 2 of the Customs Act 1967, Excise Act 1976, Sales Tax Act 1972 and Service Tax 1975. For the purpose of these Acts, a Free Zone is deemed to be a place outside Malaysia (without payment of any customs duty, excise duty, sales tax or service tax).

Type of Free Zone
There are two types of Free Zone, namely;
•Free Commercial Zone (FCZ)
for commercial activities which includes trading, breaking bulk, grading, repacking, relabeling and transit and;
•Free Industrial Zone (FIZ)
for manufacturing activity

What documents used in a Free Zone?
•    ZB1 (Import,  Export, Transshipment)
•    ZB4 (To carry out activity)

What is eDCFZ ?
eDCFZ is a system that enable Free Zone Authority to process Free Zone declarations via portal that can accessed anytime and anywhere.

Does agent need to register with Free Zone Authority?
All declarants/agents must register with the Free Zone Authority, including those who
has already registered with Customs as SMK Dagang Net users.


 
1. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya pengikraran dagangan berbahaya tidak dibuat?
Tindakan yang boleh diambil termasuklah kontena/dagangan terbabit tidak dibenarkan untuk dimuat/punggah ke/daripada kapal dan laporan polis dibuat berdasarkan peruntukan Undang-Undang Kecil LPK (Pindaan ) 1989

2. Bagaimana pengguna boleh mendapat maklumat berkenaan pengendalian dagangan berbahaya di Pelabuhan Klang?
Maklumat berkenaan pengendalian dagangan berbahaya di Pelabuhan Klang boleh diperolehi daripada laman web LPK. Selain daripada itu, pengguna boleh menghubungi pegawai jabatan menerusi telefon atau e mel yang juga disediakan di dalam laman web LPK

3. Apakah Waktu Operasi Jabatan Dagangan Berbahaya,LPK?
Waktu operasi bagi Jabatan Dagangan Berbahaya ialah :

Hari                                   Masa
Isnin – Jumaat              8.00 am – 7.00 pm
Sabtu & Ahad                8.00 am – 6.00 pm
(Jabatan beroperasi 7 hari seminggu)

 



1. Adakah lesen pemaliman dikeluarkan oleh LPK atau Jabatan Laut Malaysia?
Lesen permaliman di Pelabuhan Klang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Permaliman LPK dibawah Akta Lembaga Pelabuhan 1963. Setiap malim di Pelabuhan Klang mesti menjalani skim latihan pemaliman yang ditetapkan serta lulus peperiksaan mengikut peringkat lesen yang diduduki sebelum dibenarkan untuk membawa masuk/ keluar kapal mengikut saiz kapal yang dibenarkan di dalam had Pelabuhan Klang.

2. Apakah tugas dan fungsi Unit VTMS di Pelabuhan Kelang?
Unit VTMS mengurus dan mengendalikan Vessel Traffic Management System (VTMS) yang  merupakan Sistem Pengawalan dan Pengawasan Trafik Perkapalan dimana pergerakan trafik kapal masuk dan keluar di Pelabuhan Klang dipantau dan diurus dengan  sempurna bagi memastikan kelancaran pergerakan kapal-kapal dengan selamat dan teratur.

3. Apakah tugas dan fungsi unit Hydrografi?
Unit Hydrografi LPK bertanggungjawab menjalankan pengukuran (survey) kedalaman air dialur-alur pelayaran dan dermaga-dermaga mengikut tempoh yang ditetapkan untuk memastikan pergerakan dan kedudukan kapal-kapal sentiasa selamat dan terjamin dengan kedalaman air yang cukup agar kapal tidak kandas walaupun bermuatan penuh. Proses pengukuran dan pemprosesan data melibatkan pengunaan peralatan yang canggih oleh pegawai-pegawai yang terlatih. Laporan kedalaman akan diedarkan kepada pengguna-pengguna pelabuhan dan sekiranya  kedalaman air di alur pelayaran dan dermaga merosot dengan mendadak maka aktiviti pengerukan akan dijalankan untuk mendalamkan semula kawasan-kawasan yang terbabit.

Jabatan Bomba

4. Dimanakah permit kerja panas boleh diperolehi?
Permit Kerja Panas hanya dikeluarkan oleh Bomba Northport (M) Bhd. bagi kawasan Pelabuhan Utara dan Selatan. Manakala Bomba Westports Sdn. Bhd. Hanya mengeluarkan permit bagi kawasan Westports sahaja. Permit kerja panas hanya akan dikeluarkan selepas pemeriksaan tempat kerja panas dijalankan oleh bomba berkenaan.

5. Agensi manakah yang mengeluarkan “gas free certificates”?
Berdasarkan kepada Akta Saudaga Perkapalan bagi tujuan kerja panas di atas kapal  “gas free certificates” (GFC) boleh dikeluarkan oleh Pegawai Sains Kerajaan Malaysia iaitu dari Jabatan Kimia Malaysia. Walau bagaimana pun, bagi kemudahan pengguna pelabuhan dan perlaksanaan prosidur kerja panas ini dalam kawasan pelabuhan, pengesahan “gas free” ini boleh dilakukan oleh pasukan bomba yang mengeluarkan permit kerja panas bagi kawasan dimana kerja berkenaan dijalankan.