utamalataraduanstatushubung

Apakah itu 'whistle blowing'?top

‘Whistle blowing' merupakan satu konsep yang berkaitan dengan pendedahan kepada penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dan tidak sah  dari segi peraturan dan undang-undang yang berlaku di dalam Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) / Port Klang Free Zone Sdn. Bhd (PKFZ).

Apakah tujuan 'whistle blowing'?top

1. Sebagai satu 'platform' dan mekanisme dalaman kepada pegawai dan kakitangan  LPK / PKFZ bagi melaporkan aduan, laporan dan maklumat berkaitan dengan penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan LPK / PKFZ dan tidak sah dari segi undang-undang yang dilakukan oleh kakitangan atau pengurusan LPK / PKFZ.

2. Menggalakkan pengadu melaporkan aduan dan/atau maklumat melalui satu saluran aduan dalaman secara sistematik sebelum ianya dibawa ke pihak luar.

3. Dapat mewujudkan suasana telus dan keterbukaan dalam melaporkan sebarang penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan LPK / PKFZ dan tidak sah dari segi undang-undang, yang berlaku di dalam LPK / PKFZ.

Siapakah yang boleh membuat aduan?top

Pendedahan mengenai perkara-perkara di atas boleh dilakukan oleh pegawai dan kakitangan LPK / PKFZ termasuk ahli Jemaah Lembaga, kepada Pegawai yang dilantik (PYD) di LPK.

Apakah polisi berkaitan prosedur ‘whistle blowing’?top

1. LPK / PKFZ bertanggungjawab mengurus dan menyiasat semua jenis aduan, laporan atau maklumat mengenai penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi undang-undang, yang diterima daripada mana-mana pihak.

2. LPK / PKFZ memberi jaminan bahawa dalam menguruskan aduan, laporan atau maklumat di atas, identiti pengadu akan dirahsiakan daripada mana-mana pihak yang tidak berkenaan.

3. LPK / PKFZ akan memastikan bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil terhadap pengadu yang dengan secara jujur dan suci hati melaporkan sebarang aduan, laporan atau maklumat yang pada pendapat dan sangkaannya benar-benar berlaku.

4. LPK / PKFZ akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pekerja yang membuat laporan palsu atau sengaja membuat tohmahan dan/atau fitnah terhadap pihak lain.

Bagaimana proses pengaduan dibuat?top

1. Aduan, laporan atau maklumat boleh dibuat kepada Pegawai yang dilantik (PYD) melalui salah satu daripada kaedah-kaedah berikut:
  • Secara on-line melalui www.wbs.pka.gov.my; atau
  • Secara bertulis kepada Pegawai yang dilantik (PYD) (Ketua Jabatan Audit Dalam)

2. Pegawai yang dilantik (PYD) kemudiannya akan memproses aduan, laporan atau maklumat tersebut sebelum diutarakan kepada Jawatankuasa yang berkenaan untuk tindakan.

3. Kandungan aduan, laporan atau maklumat hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

  • Latar belakang seperti tempat, tarikh dan masa kejadian.
  • Pekerja atau pihak yang terlibat atau disyaki terlibat.
  • Keterangan mengenai penyelewengan, salah laku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan LPK / PKFZ dan tidak sah dari segi undang-undang.
  • Bukti atau saksi yang boleh membantu.
  • Alasan-alasan kenapa aduan, laporan atau maklumat dibuat sebagai contoh ianya telah melibatkan kerugian kewangan LPK / PKFZ, menjejaskan keharmonian tempat bertugas dan sebagainya.
  • Butir-butir pengadu seperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.

Bagaimana tatacara pengurusan terhadap aduan dijalankan?top

1. Setiap aduan, laporan atau maklumat yang diterima akan didaftarkan dan akan diberi maklum balas melalui laman web dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

2. Pegawai yang dilantik (PYD) akan memproses aduan, laporan atau maklumat tersebut dan seterusnya diutarakan kepada jawatankuasa yang berkenaan.

3. Jawatankuasa berkenaan setelah menerima laporan daripada Pegawai yang dilantik (PYD) akan mengkaji laporan tersebut dan memutuskan tindakan yang perlu diambil. Sekiranya laporan tidak mencukupi atau tidak lengkap dan memerlukan maklumat lanjut, jawatankuasa berkenaan akan merujuk kembali kepada Pegawai yang dilantik (PYD) untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum memutuskan sebarang tindakan.

4. Sekiranya jawatankuasa berkenaan berpendapat wujudnya salah laku dan perlu diambil tindakan tatatertib maka satu arahan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib LPK / PKFZ untuk tindakan selanjutnya.

5. Pengadu akan dimaklumkan sebarang keputusan atau hasil tindakan terhadap aduan, laporan atau maklumat yang telah dibuat.

Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya aduan yang dikemukakan adalah palsu?top

Sebarang aduan, laporan atau maklumat palsu dan/atau sengaja membuat tohmahan dan/atau berunsur fitnah atau dibuat sama ada untuk menjatuhkan imej seseorang pekerja atau imej LPK / PKFZ dan/atau untuk apa-apa tujuan lain sekalipun dan penyalahgunaan mekanisme Sistem Pemberi Maklumat, merupakan satu kesalahan dan tindakan tatatertib boleh diambil kepada pekerja yang terlibat.

 

Untuk membuat laporan pendedahan sila layari laman web berikut:-
www.wbs.pka.gov.my; atau

Tulis dan hantar terus kepada Ketua Jabatan Audit Dalam di alamat:-
LEMBAGA PELABUHAN KELANG
BEG BERKUNCI 202,
JALAN PELABUHAN UTARA,
42005 PELABUHAN KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

 

 

 

Last Updated : Friday, February 7, 2014

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024x1280

Port Kelang Authority
Mail Bag Service 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang, Selangor