Lembaga Pelabuhan Kelang telah menerima Anugerah Bandar Rendah Karbon 2021 bagi Diamond Recognition Kategori Rakan Kongsi yang dianjurkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC).

Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) kepada YBhg. Kapt. K. Subramaniam, Pengurus Besar, LPK di Hotel EQ, Equatorial Plaza, Kuala Lumpur pada 22 Mac 2022.

Penganugerahan tersebut dinilai berdasarkan projek yang disertai LPK dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC 2030 Challenge) yang telah berjaya mengurangkan kesan rumah hijau (GHG emissions) sebanyak 7.08% melalui 1 elemen bernilai 40.94 tCO2e.

Tahniah LPK!

2022-06-17 01:34:33