KUALA LUMPUR, 30 Mei 2022 – YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Baharu antara Kerajaan Malaysia, Suruhanjaya / Lembaga Pelabuhan dengan Integrated Marine Works Sdn. Bhd. (IMW), syarikat bumiputera pertama yang mempelopori industri pengerukan dan penambakan.
........
Dengan termeterainya perjanjian ini, IMW sekali lagi telah diberi mandat untuk melaksanakan kerja-kerja pengerukan dan penambakan di Pelabuhan Persekutuan bagi tempoh 15 tahun yang berkuat kuasa selepas termeterainya Perjanjian ini.
.......
Perjanjian konsesi ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama-sama Pengurus Besar / wakil Suruhanjaya / Lembaga Pelabuhan, iaitu Lembaga Pelabuhan Kelang, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Lembaga Pelabuhan Kemaman, Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang serta YBrs. Kapten Quzaim Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif IMW. Majlis ini turut disaksikan oleh YBrs. Puan Normah Osman, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar (TKSUD) Kementerian Pengangkutan Malaysia.
......
Sejak penubuhannya pada tahun 1993, IMW telah membuka peluang pekerjaan dalam industri Maritim dan juga telah melatih tenaga kerja untuk memberi khidmat dalam industri pengerukan dan kejuruteraan inovatif.
2022-06-17 01:44:46