12 Mei 2022: Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Meraikan Pesara dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 di Dewan Serbaguna Kelab Sukan dan Rekreasi Pelabuhan Klang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia yang berbesar hati untuk turut serta bagi memeriahkan majlis. Pelbagai wakil agensi kerajaan, komuniti pelabuhan dan logistik di Pelabuhan Klang dan wakil rumah kebajikan juga turut hadir.
Pegawai LPK yang baru sahaja bersara iaitu PgKB I Muhamad bin Bahauddin, Pengurus Bomba diraikan setelah berkhidmat selama 27 tahun 6 bulan di LPK. 
Jabatan Perundangan dan Pusat Sehenti LPK merupakan Jabatan yang telah memperoleh KPI Jabatan sebanyak 100% pada tahun 2021. Selain itu, seramai 14 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 14 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Khas telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Chong Sin Woon, Pengerusi LPK dengan diiringi oleh YBrs. Kapt. K. Subramaniam, Pengurus Besar LPK. 
LPK juga telah menyerahkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada enam (6) rumah kebajikan sempena Hari Raya Aidilfitri.
#aidilfitri2022

2022-06-17 01:39:08