Operating Hours
Mn - Fr : 8:00am - 6:00pm
St - Sn : 9.00am - 3.00pm
(Work From Home)

Jabatan Dagangan Berbahaya
Tel : 03-31688211 ext : 1044
Fax : 03-31688229
Mobile : 012-2778816
Email :

Jabatan Zon Bebas
Tel : 03-31688211 ext : 1016
Fax : 03-31650542
Mobile : 012-2775713
Email :

Top Panel
- - - - - -
Rabu, 30 November 2022
< >

VESSEL INFO

Real time Vessel Information

PKA CIRCULARS

PKA General Manager Circulars

PKA NOTICES

PKA latest up-to-date Notices

PORT TARIFF

Scale of rates, Dues and Charges

FEEDBACK

Feedback on our services

STATISTICS

Port Klang Performance

PROCEDURES

Standard Operating Procedures

A+ R A-
PEMBERITAHUAN
TAJUK / SENARAI AKTIVITI TARIKH KEMASKINI
STATUS
SEBUT HARGA NO: LPK/22/11/2022 (JTM)
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER PENCETAK BAGI 1 TAHUN (1 JAN 2023 - 31 DIS 2023) DI LEMBAGA PELABUHAN KELANG (LPK)
24 NOV 2022 BARU
LPK/21/11/2022(JGM)
SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR SERAH, DAN MENGISI BAHAN BAKAR DIESEL DAN PETROL UNTUK KEGUNAAN BOT JURUKUR DAN BOT JURAGAN, LEMBAGA PELABUHAN KELANG BAGI TEMPOH BEKALAN SELAMA 3 TAHUN
23 NOV 2022 BARU
SEBUTHARGA NO : LPK/20/10/2022 (JTM)
MENYELENGGARA PEMULIHAN BENCANA (DR) UNTUK TEMPOH 1 TAHUN MULAI 1 JANUARI 2023 HINGGA 31 DISEMBER 2023
15 NOV 2022 BARU
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KETERSEDIAAN BANJIR 3 NOV 2022 BARU
PEKELILING PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KELANG BIL. 9 TAHUN 2022 - KADAR BAHARU BEKALAN AIR DI PELABUHAN KLANG MULAI 1 OGOS 2022 21 OCT 2022 BARU
i)  KENYATAAN POLISI SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH(SPAR) LPK
ii) KENYATAAN POLISI ANTI RASUAH LPK
iii)POLISI MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH LEMBAGA PELABUHAN KELANG
17 OKT 2022 BARU
PEKELILING PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KELANG BIL. 7 TAHUN 2022 - BAYARAN KEPADA LEMBAGA PELABUHAN KELANG MELALUI PORTAL BAYARAN "BayarNow" 1 JULAI 2022  
NOTIS BIL 01/2022 (JDB) - PEMAKAIAN KOD DAGANGAN BERBAHAYA MARITIM ANTARABANGSA PINDAAN 40-20 (KOD IMDG) 26 APRIL 2022  

PORT KELANG AUTHORITY GENERAL MANAGER CIRCULAR NO. 4/2022
ENFORCEMENT OF COMPOUNDABLE OFFENCES UNDER THE PORT AUTHORITIES ACT 1963 AND KELANG PORT AUTHORITY BY-LAWS 1965

21 MARCH 2022
 

KEPERLUAN PENGIKRARAN NOMBOR PENDAFTARAN MANIFEST DI ZB (IMPORT)

22 FEB 2022  

NOTIS FENOMENA AIR PASANG BESAR 2022

   

 

 
eParticipation Job Vacancy Open Data  
       
 
Tender & Quotation Sounding Report User Manual  

 

Soalan Lazim

Di manakah saya boleh memuat turun Port Klang LCL Deconsolidation Tariff?
Port Klang LCL Deconsolidation Tariff boleh dimuat turun dari laman web LPK, dibawah menu "Tariff".

Saya merupakan syarikat Haulier dan ingin berdaftar dengan Lembaga Pelabuhan Kelang. Bagaimanakah permohonan tersebut boleh dibuat?
Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di pautan www.my1port.com. Tutorial video tersedia untuk membantu pemohon dengan proses pendaftaran.

Bagaimana cara untuk mendaftar dan memohon lesen Perkhidmatan Sampingan Pelabuhan?
Pendaftaran dan permohonan untuk lesen perkhidmatan sampingan boleh dilakukan secara atas talian melalui portal ePASS Version.2 seperti pautan berikut http://pkapp.pka.gov.my/ancillaryv2/ ataupun pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi Lembaga Pelabuhan Kelang di www.pka.gov.my ikut langkah seperti berikut:-
www.pka.gov.my > Sistem Atas Talian > eLicencing > Perkhidmatan Sampingan > Permohonan Lesen ePASS.
Pemohon adalah diminta untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna yang boleh dimuat turun di portal ePASS Ver.2 bagi memudahkan proses permohonan


Apakah jenis dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan lesen Perkhidmatan Sampingan Pelabuhan, di Pelabuhan Kelang?
Senarai Dokumen Sokongan yang diperlukan untuk setiap perkhidmatan boleh dimuat turun di portal ePASS Version.2 atau melalui pautan berikut http://pkapp.pka.gov.my/ancillaryv2/doc/Senarai%20Semak%20Dokumen%20Sokongan.pdf

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk pemohon memperoleh Lesen Perkhidmatan Sampingan Pelabuhan selepas membuat permohonan?
Permohonan yang lengkap dan betul diterima akan diperoses dalam masa 30 hari.

Apakah kemudahan perubatan yang disediakan kepada pesara?
Perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974 menetapkan bahawa pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan.
Kelayakan bagi pesara dan tanggungan yang layak adalah seperti berikut:
1. Pesara Awam Persekutuan
2. Suami/ Isteri
3. Balu/ Duda (dianggap keluarga pesara selagi tidak berkahwin semula)
4. Anak:
i. berumur di bawah 18 tahun; atau
ii. sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun; atau
iii. anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani dan tidak berupaya menanggung diri sendiri, tidak kira apa jua umurnya dengan syarat kecacatan tersebut dialami sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
Kemudahan perubatan yang diperuntukkan adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 – Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan dan di antara kemudahan yang dibenarkan adalah pembekalan ubat dan alat perubatan serta kemudahan rawatan penyakit buah pinggang.

Borang apakah yang digunapakai bagi memohon bayaran balik dan/atau permohonan perubatan (pembekalan ubat dan alat perubatan serta kemudahan rawatan penyakit buah pinggang):
Borang Perubatan 1/09(T)

Apakah Fungsi Audit Dalam?
Fungsi Audit Dalam LPK adalah:
a) Bertanggungjawab memastikan segala yang telah ditetapkan dilaksanakan sejajar dengan objektif LPK dan anak syarikat berpandukan pekeliling, akta, peraturan (by-laws) dan lain-lain akta berkaitan.
b) Memastikan bahawa kawalan secukupnya dibuat ke atas operasi harian LPK dan anak syarikat.
c) Memastikan kesempurnaan dan akauntabiliti ke atas aset-aset, hasil dan perbelanjaan.
d) Memastikan penggunaan sumber, tenaga dan aset-aset dengan cekap, berkesan dan ekonomi.
e) Memastikan pengurusan wang dijalankan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
f) Mempunyai kuasa siasatan untuk memastikan kesemua perkara dalam para 1 dan 5 dipatuhi.

Kod ISPS, yang diwajibkan dibawah Bab XI-2 (Langkah-langkah khas untuk meningkatkan keselamatan maritim) Konvensyen SOLAS, terpakai kepada kapal yang terlibat dalam pelayaran antarabangsa seperti berikut:
(1) kapal penumpang termasuk kapal penumpang berkelajuan tinggi;
(2) kapal kargo, termasuk berkelajuan tinggi dari 500 tan kasar dan ke atas; dan
(3) unit penggerudian mudah alih.
SOLAS Bab XI-2 dan Kod ISPS juga terpakai kepada kemudahan pelabuhan serta dengan kapal-kapal yang terlibat dalam pelayaran antarabangsa

Sejauh manakah kuasa/ jurisdiksi Polis Bantuan Pelabuhan?
Polis Bantuan Pelabuhan diberi kuasa untuk mengawal semua aset di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Pelabuhan. Polis Bantuan Pelabuhan juga bekerjasama dengan agensi berikut untuk menguatkuasakan undang-undang:
1. Polis Diraja Malaysia
2. Polis Marin
3. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
4. Majlis Keselamatan Negara
5. Jabatan Laut Malaysia
6. Jabatan Kastam Diraja Malaysia
7. Jabatan Imigresen Malaysia
8. Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan


Adakah pembekal perlu mendaftar dengan LPK untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kepada LPK?
Tidak. Notis sebut harga/ tender akan diiklankan dalam laman web/ media sosial rasmi LPK dari masa ke semasa, pembekal boleh menghantar tawaran mengikut syarat yang ditetapkan.

Bagaimana untuk menghubungi Jabatan Zon Bebas, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK)?
Jabatan Zon Bebas, LPK boleh dihubungi melalui;

Telefon : 03-3168 8211 samb. 1016
Telefon bimbit : 012-277 5713 / 012-444 0461
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Apakah yang dimaksudkan aktiviti perdagangan dalam kawasan Zon Bebas?
Aktiviti perdagangan adalah termasuk perniagaan, memecah pukal, menggred, pembungkusan semula dan pelabelan.

Apakah kaedah pengikraran dokumen ZB?
Pengikraran ZB1 (import), ZB1 (eksport), ZB1 (transhipment) dan ZB4 dibuat secara elektronik melalui sistem eDCFZ.
Jika terdapat kesulitan mengenai sistem eDCFZ, sila hubungi DagangNet di nombor 1-300-133-133 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk bantuan.

Dari manakah permit kerja panas boleh diperolehi?
Permit Kerja Panas akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bomba Northport sekiranya kerja-kerja dijalankan di kawasan Northport dan Southport. Manakala kerja panas yang dijalankan di kawasan Westports, permit kerja panas akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bomba Westports.

Agensi manakah yang akan mengeluarkan sijil perakuan bebas gas?
Menurut Ordinan Saudagar Perkapalan, kerja panas di atas kapal, sijil perakuan bebas gas akan dikeluarkan oleh Pegawai Sains dari Jabatan Kimia Malaysia.

Apakah had Pelabuhan
Batasan kawasan dimana Pelabuhan mempunyai bidang kuasa ke atas navigasi dan prosidur operasi Pelabuhan

Apakah had Pelabuhan, Pelabuhan Klang?
Had Pelabuhan Klang ditakrifkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Apakah nama Media Nama Media Sosial LPK?
Nama Sosial Media LPK adalah:-
i. Instagram – pkamalaysia
ii. Facebook – pkamalaysia
iii. Twitter – myportklang

Bagaimana untuk mengaktifkan semula katalaluan eDCFZ?
Bagi pertanyaan atau penukaran katalaluan, mohon sertakan nama pengguna, kod ejen dan emel kepada:

1. En Azli Bin Mohd Nor (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
2. En Norhuzaimey Bin Adnan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
3. Pn Amelia Bt. Mohd Sanusi (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
4. Pn Suhana Bt. Abdul Razak (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)


Apakah fasiliti yang ditawarkan di Pelabuhan Klang?
Fasiliti di Pelabuhan Klang boleh dirujuk dalam http://www.pka.gov.my/index.php/en/facilities/

Apakah tariff bagi pengendalian kargo dan kontena di Pelabuhan Klang?
Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Kelang (Skala Kadar, Dius dan Caj), 2012
Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Kelang (Skala Kadar, Dius dan Caj), (Pindaan) 2015
Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Kelang (Skala Kadar, Dius dan Caj), (Pindaan) (Pindaan) 2015

Sekiranya mempunyai masalah mengenai Sistem Port Klang Net, adakah pengguna perlu hadir berjumpa pegawai di Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Kelang?
Bagi sebarang isu berkenaan sistem Port Klang Net, pengguna boleh menghantar emel kepada Urusetia di emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi talian telefon 03- 3168 8211 ext 2110 / 2109

Bagaimanakah pengguna boleh membuat reset password bagi sistem port Klang Net?
1. Pergi ke paparan Login dan Klik Forget Password
2. Masukkan emel, Nombor ROC dan Kategori. Seterusnya klik Request Password.
3. Pengguna akan menerima emel yang menyatakan password yang baru.


Bagaimanakah cara untuk memohon bagi mengadakan lawatan kerja/akademik ke Pelabuhan Klang?
Permohonan bagi mengadakan lawatan kerja/akademik ke Pelabuhan Klang boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan rasmi/e-mel kepada Jabatan Komunikasi Korporat.

Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat penerbitan Lembaga Pelabuhan Kelang?
Maklumat penerbitan Lembaga Pelabuhan Kelang boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:
i.Laporan Tahunan : http://www.pka.gov.my/index.php/en/download/category/64-annual-report
ii.Video Korporat : http://www.pka.gov.my/index.php/en/about-us/port-klang-authority/corporate-video
iii.Newsletter : http://www.pka.gov.my/index.php/en/download/category/69-newsletter

Bilakah Pelabuhan Utara, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Barat diswastakan?
Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Selatan telah diswastakan kepada Northport (Malaysia) Bhd. (NMB) bagi tempoh 21 tahun berkuatkuasa mulai 1 Disember 1992 dan tempoh konsesi telah tamat pada 30 November 2013. Namun, pihak kerajaan telah bersetuju melanjutkan tempoh konsesi NMB selama 30 tahun berkuatkuasa mulai 1 Disember 2013 hingga 30 November 2043.
Pelabuhan Barat telah diswastakan kepada Westports Malaysia Sdn. Bhd. bagi tempoh 30 tahun berkuatkuasa mulai 1 September 1994 hingga 31 Ogos 2024. Namun, konsesi WMSB telah dilanjutkan bagi tempoh tambahan 30 tahun berkuatkuasa mulai 1 September 2024 hingga 31 Ogos 2054 tertakluk kepada terma dan syarat sepertimana termaktub di dalam Perjanjian Tambahan Penswastaan yang telah ditandatangani pada 15 Januari 2010.

Berapakah keluasan Demised Area yang terlibat di dalam konsesi penswastaan bagi kawasan Northport (Malaysia) Bhd. dan Westport Malaysia Sdn. Bhd.?
Keluasan Demised Area yang terlibat di dalam konsesi penswastaan bagi kawasan Northport (Malaysia) Bhd. adalah seluas 759.2853 ekar dan Westport Malaysia Sdn. Bhd. adalah seluas 1,255.4 ekar


Bagaimana hendak menghubungi Jabatan Dagangan Berbahaya, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK)?
Jabatan Dagangan Berbahaya LPK boleh dihubungi melalui talian seperti berikut;

Telefon : 03-3168 8211 samb. 1044
Telefon bimbit : 012-3063404 (Nubhan)/ 012-2778816 (Hasnul)/
012-3835022 (Quak)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Faks : 03-3168 8229


Apakah itu dagangan berbahaya?
Dagangan berbahaya adalah dagangan (bahan atau artikel) yang berpotensi berbahaya dan berupaya menimbulkan risiko yang besar terhadap kesihatan, keselamatan, harta benda,
persekitaran & keselamatan ketika diangkut melalui jalan udara, laut, darat dan keretapi.

Apakah maksud kumpulan LPK?
Semua dagangan berbahaya yang mempunyai cir-ciri yang termasuk dalam kelas yang disenaraikan dalam Kod IMDG dikumpulkan semula menjadi tiga kumpulan mengikut tahap bahaya.

Untuk dagangan berbahaya kontena dan bungkusan; kaedah pengendalian yang berbeza dalam had pelabuhan diberikan kepada setiap kumpulan seperti berikut: -

Kumpulan LPK 1
Dagangan berbahaya di dalam kumpulan ini hanya boleh dipunggah dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh pihak Lembaga dari semasa ke semasa. Kapal membawa dagangan berbahaya kumpulan ini dilarang rapat ke dermaga melainkan jika dibenarkan
oleh pihak Lembaga.

Kumpulan PKA 2
Kapal membawa dagangan berbahaya kumpulan ini boleh rapat ke dermaga tetapi dagangan berbahaya hendaklah dikendalikan secara terus dari lapangan ke kapal atau sebaliknya dan tidak dibenarkan untuk disimpan di gudang/ yad melainkan jika diluluskan oleh pihak Lembaga.

Kumpulan PKA 3
Dagangan berbahaya di dalam kumpulan ini boleh disimpan di tempat yang dibenarkan oleh pihak Lembaga bergantung kepada ruang dan kemudahan yang mencukupi.

Kaedah pengendalian seperti yang diberikan kepada setiap kumpulan yang dinyatakan di atas tidak berkaitan dengan kargo berbahaya
secara pukal.

Bagaimana pengikraran dagangan berbahaya di pelabuhan?

Pengikraran kepada LPK melalui sistem eDCFZ
Setiap dagangan berbahaya yang ingin masuk / keluar ke / dari pelabuhan hendaklah diikrarkan kepada Jabatan Dagangan Berbahaya, LPK, oleh nakhoda atau pemilik atau ejen atau pengirim atau ejennya.

Pengikraran dagangan berbahaya hendaklah dihantar 48 jam sebelum ketibaan kapal / Anggaran Waktu Kedatangan (ETA).

Container Packing Certificate (CPC) diperlukan untuk mengeksport kontena dagangan berbahaya (dilampirkan melalui sistem eDCFZ)

Untuk Kelas IMO berikut, permit/ kelulusan/ lesen dari agensi kerajaan lain diperlukan (dilampirkan melalui sistem eDCFZ).

Kelas 1 IMO: Polis Diraja Malaysia Kelas IMO 6.2: Kementerian Kesihatan
Kelas 7 IMO: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Sisa (Kecuali Kelas 7 IMO): Jabatan Alam Sekitar

Apa tindakan yang boleh diambil terhadap ejen yang tidak mengemukakan pengikraran dagangan berbahaya?
Kargo atau kontena tidak akan dibenarkan untuk dimuat/ dipunggah ke / dari kapal dan laporan polis akan dibuat berdasarkan Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Kelang (Pindaan) 1989

Apakah akta-akta yang digunakan oleh LPK untuk mengawal selia pengendalian dagangan berbahaya di pelabuhan?
i. Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1963
ii. Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Kelang (pindaan) 1989
iii. Akta Pelabuhan (Penswastaan) 1990


Bagaimana pengguna mendapatkan maklumat mengenai pengendalian dagangan berbahaya di Pelabuhan Klang?
Maklumat mengenai pengendalian dagangan berbahaya di Pelabuhan Klang terdapat di laman sesawang LPK. Senarai nombor telefon atau e-mel juga terdapat di laman sesawang.


Apakah yang dimaksudkan Bahan Bahaya secara Pukal (MHB) di dalam Kod Antarabangsa Kargo Pukal Pejal Maritim (IMSBC)?
Kod IMSBC mentakrifkan MHB (Bahan berbahaya secara pukal) sebagai bahan yang mungkin mempunyai bahaya kimia apabila
dibawa secara pukal selain dari bahan yang dikelaskan sebagai dagangan berbahaya dalam kod IMDG

Apakah peraturan atau rujukan yang digunapakai dalam pengendalian kargo pukal pejal?
i. Kod Antarabangsa Kargo Pukal Pejal Maritim
ii. Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Kelang (Pindaan) 1989


Berapakah kategori kargo dalam Kod IMSBC?
Tiga kategori kargo dalam Kod IMSBC:

Kumpulan A - Terdiri daripada kargo yang mudah cair jika kandungan lembapan yang dihantar melebihi had kelembapan yang boleh dibawa.
Kumpulan B - Terdiri daripada kargo yang mempunyai bahaya kimia yang dapat memberi kesan berbahaya di atas kapal.
Kumpulan C - Terdiri daripada kargo yang tidak mudah cair (seperti Kumpulan A) dan tidak mempunyai kesan bahaya kimia (seperti Kumpulan B).

Bagaimana cara untuk membuat pengikraran kargo pukal pejal?
Rujuk Notis BIL 01/2020 di laman sesawang LPK.
Tajuk: PEMAKAIAN KOD ANTARABANGSA KARGO PUKAL PEJAL PINDAAN 05-19 (KOD IMSBC)

 

 

 

Event Clendar

November 2022
Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30

 

Media Library

 
Newsletter

Newsletter

Annual Report

Annual Report

Corporate Video

Corporate Video

Press Release

Press Release

Photo Gallery

Photo Gallery

Pengiraan Pelawat

2.png3.png8.png6.png6.png0.png0.png
Today1655
Yesterday1766
This week4841
This month50641
Total2386600

COMPLIANCE

ISPS COMPLIANCE

  • Last Modified: Khamis 24 November 2022.

eDCFZ APPs

eDCFZ Apps eDCFZ Andorid
eDCFZ Apple Store

Pensijilan Sirim ISO 9001:2015

Pensijilan Sirim ISO/IEC 27001:2013

Tags

Beg Berkunci 202,
Jalan Pelabuhan Utara
42005 Pelabuhan Klang
Selangor, Malaysia
Tel.: 603 - 3168 8211
Fax.: 603 - 3168 7626
Latitude: 3.009228 | Longitude: 101.392707
Peta
Email.:

Best viewed with resolution 1280 x 800 (or higher),
Browser Chrome 67.0+ and Mozilla Firefox 61.0+