Zon Bebas
- Kategori: Fasiliti
- Jumlah paparan: 17643
ZON BEBAS
Zon Bebas berdasarkan Seksyen (1B) (a) Akta Kastam (Pindaan) 2019, bermaksud mana-mana wilayah di Malaysia kecuali Kawasan Utama Kastam (KUK), Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor seperti yang diisytiharkan oleh Menteri sebagai zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas. Menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio kewangan boleh melantik mana-mana agensi kerajaan atau pihak swasta untuk menjadi Pihak Berkuasa seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 3, Akta Zon Bebas 1990.
Zon Perdagangan Bebas menjalankan aktiviti perdagangan, manakala Zon Perindustrian Bebas menjalankan aktiviti pembuatan sahaja.
Lembaga Pelabuhan Kelang dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pihak Berkuasa untuk memantau aktiviti perdagangan yang dijalankan di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan Southpoint.
Fungsi Pihak Berkuasa adalah seperti berikut;
i. Mengawalselia Akta dan Peraturan Zon Bebas.
ii. Fasilitator perdagangan.
iii. Memberi khidmat nasihat kepada pengguna pelabuhan mengenai prosedur di zon bebas.
iv. Menyediakan laporan statistik kepada pihak yang berkepentingan.
PORT KLANG FREE ZONE SDN BHD (PKFZ)
PKFZ adalah kawasan seluas 1,000 ekar dibangunkan untuk industri perdagangan dan perindustrian bagi menghasilkan barang terutamanya untuk eksport. PKFZ menggabungkan zon perdagangan bebas dan zon perindustrian bebas di lokasi yang strategik bersebelahan dengan Westports.
PKFZ menawarkan fasiliti seperti Lease of Building (LOB), Light Industrial Unit (LIU) dan Open Land untuk disewa bagi memenuhi keperluan pelanggan dan perniagaan.
Hubungi Kami : Jabatan Zon Bebas