Contact Us
+60 31688211
Complaint &
Feedbacks
Sitemap
Address

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN LEMBAGA PELABUHAN KELANG

Lembaga Pelabuhan Kelang komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap, boleh dipercayai dan berfokuskan pelanggan kepada semua pihak berkepentingan. Kami berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan dan menyokong pertumbuhan pelabuhan dan fasilitasi perdagangan, berasaskan standard profesionalisme dan integriti yang tertinggi. 

Piagam pelanggan kami menggariskan komitmen kami dalam memastikan ketelusan, akauntabiliti dan kemampanan dalam operasi kami berdasarkan keupayaan berikut;

NO JABATAN PIAGAM PELANGGAN
1. Khidmat Pengurusan & Perolehan

Mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada petender yang berjaya  dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan/ keputusan.

2. Kewangan

Memastikan bil dibayar 100% dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen baucer yang lengkap.

3. Audit Dalam

Melaksanakan pengauditan, kajian audit, siasatan, pemeriksaan, semakan dan penilaian aktiviti Lembaga Pelabuhan Kelang sekurang-kurangnya 4 kali setahun untuk memastikan tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran.

4. Kejuruteraan

Dokumen pelan pembangunan pelabuhan yang lengkap diterima akan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

5. Teknologi Maklumat

Semua gangguan Sistem ICT perlu diselesaikan dalam tempoh tiga (3) jam. Jika gagal, prosedur pelaksanaan secara manual akan diaktifkan serta pelanggan akan dimaklumkan sewajarnya.

6. Gerakan Marin

i.    Mengeluarkan laporan kedalaman setiap tiga (3) untuk dermaga dan setiap enam (6) bulan untuk alur pelayaran.
ii.    Mengurus keselamatan pelayaran dan keselesaan pergerakan kapal di dalam had pelabuhan melalui sistem pengurusan trafik perkapalan secara 24/7.

7. Perundangan

Semakan perjanjian di antara LPK dengan pihak lain dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan dokumen yang lengkap.

8. Komunikasi Korporat

Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi dan publisiti dalam menyampaikan informasi terkini berkaitan industri, pelabuhan dan kemudahan perdagangan yang ditawarkan di Pelabuhan Klang.

9. Pengurusan Hartanah

Memastikan setiap permohonan lesen perkhidmatan sampingan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

10. Keselamatan

Memastikan notis Pra Ketibaan Kapal (pre-arrival notification) yang lengkap diproses dalam tempoh 2 jam selepas penerimaan permohonan. 

11. Bomba

Memastikan permohonan permit kerja panas diproses dalam tempoh dua (2) jam selepas menerima dokumen yang lengkap.

12. Perancangan dan Pembangunan

Memastikan jumlah kapasiti penggunaan di Pelabuhan Klang adalah dibawah 85% yang selaras dengan konsep perancangan pelabuhan dan prinsip pembangunan mampan.

13. Penswastaan & Pelaburan

Memastikan Operator Terminal mematuhi semua sasaran Performance Standard dan mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan oleh LPK.

14. Pusat Sehenti

Memastikan setiap cadangan dan aduan pelanggan yang diterima diproses dalam tempoh 8 hari bekerja.

15. Zon Bebas

i.    Memastikan 100% pengisytiharan diterima dari jam 0800 hingga jam 1800 diproses dalam tempoh 60 minit sekurangnya-kurangnya lapan bulan kalendar dalam setahun.

ii.    Memastikan 80% pengisytiharaan lengkap diterima dari jam 0800 hingga jam 1800 diproses dan diberitahu kepada pengikrar dalam tempoh 2 jam setiap bulan. 

16. Dagangan Berbahaya

Memastikan 100% pengikraran elektronik yang lengkap antara jam 0800 hingga jam 1800 diproses dalam tempoh 60 minit dari masa diterima sekurang-kurangnya 8 bulan kalendar dalam setahun.

17. Sumber Manusia


Memastikan permohonan yang lengkap bagi kemudahan perubatan pesara diluluskan dalam tempoh satu (1) minggu.

 

logo.png
MAIL BAG SERVICE 202,
JLN PELABUHAN UTARA,
42005 PELABUHAN KLANG,
SELANGOR, MALAYSIA
TEL : 03-3168 8211
FAX : 03-3168 8228
Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox , Chrome, Safari & Edge
  • Last Updated: Sabtu 17 Februari 2024, 12:37:19.

PENSIJILAN SIRIM ISO 9001:2015
PENSIJILAN SIRIM ISO/IEC 27001:2013
PEMATUHAN ISPS
SISTEM PENGURUSAN ANTI-RASUAH

Image
Image
Image
Image
Image
ABMS 00282
ABMS IQNET

create a map with google maps