Contact Us
+60 31688211
Complaint &
Feedbacks
Sitemap
Address

Majlis Bersama Jabatan

Bidang Kuasa & Fungsi

Meliputi semua perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat perkhidmatan dan perjalanan organisasi yang ada hubung kait dengan pentadbiran dan lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan.

Perkara yang boleh dibincangkan

Sebagai suatu forum perbincangan di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja.

Perkara yang tidak boleh dibincang

Berperanan menyumbang idea-idea inovasi berkaitan tadbir urus jabatan bagi memastikan peningkatan prestasi dan produktiviti yang berterusan.

PERKARA YANG BOLEH DIBINCANGKAN

Kewangan dan kemudahan
i. Kelewatan bayaran balik tuntutan perjalanan;
ii. Peruntukan latihan yang tidak mencukupi;
iii. Kelewatan pembekalan pakaian seragam; dan
iv. Urusan kelewatan meluluskan cuti.

Kebajikan
i. Aktiviti Sosial;
ii. Program Sukan;
iii. Pewujudan tabung kebajikan di peringkat jabatan; dan
iv. Lantikan penyedia perkhidmatan taska di jabatan.

Pentadbiran
i. Kemudahan/keselesaan ruang pejabat;
ii. Isu penggiliran waktu bekerja syif;
iii. Isu parkir kenderaan;
iv. Isu penyelenggaraan bangunan dan peralatan pejabat; dan
v. Kerosakan mesin/sistem perakam waktu.

Inovasi dan Produktiviti
i. Penambahbaikan proses kerja;
ii. Pengurangan pembaziran dalam pengurusan pejabat; dan
iii. Pembudayaan Teknologi Digital dalam urusan kerja.

Sumber Manusia
i. Penyusunan semula organisasi;
ii. Kekosongan jawatan;
iii. Isu penyediaan latihan kepada warga baharu;
iv. Pusingan kerja dalaman di kalangan warga jabatan;
v. Kursus dan latihan dalam perkhidmatan; dan
vi. Disiplin dan tindakan tatatertib.

Lain-lain
i. Cadangan pelaksanaan mesyuarat MBJ di luar kawasan pejabat;
ii. Pelancaran kempen peringkat jabatan seperti Kempen Gaya Hidup Sihat; dan
iii. Masalah lalu lintas.

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN

Segala bentuk perbincangan yang bertujuan untuk mengubah sesuatu keputusan dan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan dalam Perintah Am, Warta Kerajaan, pekeliling, surat pekeliling atau lain-lain bentuk keputusan dasar adalah tidak dibenarkan untuk dibincangkan dalam Mesyuarat MBJ. Contoh perkara-perkara yang tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ adalah seperti berikut:

Perubahan pada Dasar Kerajaan
i. Cadangan penambahan jenis penyakit berjangkit dalam kemudahan Cuti Kuarantin;
ii. Cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan;
iii. Cadangan pewujudan elaun atau kemudahan baharu dalam Perkhidmatan Awam;
iv. Cadangan meningkatkan bilangan jumlah pakaian seragam yang dibekalkan kepada pegawai yang layak; dan
v. Cadangan memendekkan tempoh berada di gred lantikan bagi urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan.

Hal-hal perseorangan
i. Isu kelewatan bayaran lebih masa kepada seseorang;
ii. Kerosakan komputer pejabat yang dihadapi oleh seseorang; dan
iii. Isu kekurangan alat tulis pejabat yang dibekalkan kepada seseorang

logo.png
MAIL BAG SERVICE 202,
JLN PELABUHAN UTARA,
42005 PELABUHAN KLANG,
SELANGOR, MALAYSIA
TEL : 03-3168 8211
FAX : 03-3168 8228
Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox , Chrome, Safari & Edge

PENSIJILAN SIRIM ISO 9001:2015
PENSIJILAN SIRIM ISO/IEC 27001:2013
PEMATUHAN ISPS
SISTEM PENGURUSAN ANTI-RASUAH

Image
Image
Image
Image
Image
ABMS 00282
ABMS IQNET

create a map with google maps