Contact Us
+60 31688211
Complaint &
Feedbacks
Sitemap
Address

Perutusan Pengurus Besar

Image

Perutusan Pengurus Besar

Salam sejahtera

Tahun 2022 menyaksikan dunia melalui proses pemulihan ekonomi selepas dilanda pandemik COVID-19, yang diibaratkan seperti sinar cahaya di hujung terowong menandakan “peperangan” yang selama ini kita harungi telah berakhir.

Walau bagaimanapun, banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang proses pemulihan ini.  Kebanyakan negara sedang bergelut dengan kenaikan inflasi, peningkatan kos sara hidup cetusan daripada ketegangan geopolitik seperti perang Rusia-Ukraine yang berlaku sekitar Februari 2022 mengakibatkan kenaikan harga bekalan tenaga, gangguan kepada sektor pengeluaran, kekurangan rantaian bekalan dan tenaga kerja, serta harga makanan turut melambung tinggi.

Pandemik COVID-19 telah memberikan pengajaran penting kepada kebanyakan industri-industri di dunia untuk melaksanakan inovasi dan melakukan penyesuaian terhadap keadaan pasaran baharu serta meneroka lebih banyak cara kerja yang lebih berkesan demi ketahanan terhadap cabaran mendatang.

Dalam menempuhi cabaran ini, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) komited untuk menambah baik kemudahan perdagangan bagi mempertingkatkan daya saing dan tarikan perdagangan memandangkan aktiviti perniagaan syarikat perkapalan dan logistik sedunia sudah kembali rancak. Tidak dinafikan, industri pengangkutan dan logistik merupakan salah sektor yang penting yang menjadi nadi utama kepada pembangunan negara.

Tahun ini menandakan ulangtahun yang ke-60 penubuhan Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan kami komited dalam merealisasikan visi kami untuk menjadi hab logistik pilihan di rantau Asia dengan kemudahan serta perkhidmatan yang setanding dengan pelabuhan bertaraf dunia di samping meneruskan usaha dalam memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan ekonomi negara.

Selaras dengan komitmen kami menuju pada masa hadapan, LPK telah melabur dalam penyelesaian digital bagi menyelaraskan operasi dan meningkatkan kecekapan. Ianya termasuk membangunkan Sistem Komuniti Pelabuhan Digital (DPCS) secara berperingkat mulai tahun ini untuk menghubungkan sistem digital daripada pelbagai jabatan dan agensi berkaitan.

Tekad kami untuk memastikan pematuhan pelaksanaan ‘Maritime Single Window (MSW)’ oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) menjelang 1 Januari 2024 bagi membolehkan pertukaran maklumat elektronik secara mandatori semasa ketibaan kapal, persinggahan dan pelepasan di pelabuhan,. Keperluan untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama secara berterusan dengan pihak berkepentingan adalah penting untuk menambah baik perkhidmatan, proses pelepasan kargo dan kecekapan operasi secara keseluruhan.

Projek pembangunan Westports 2 yang sedang dijalankan melibatkan pembinaan kontena terminal (CT) baharu bersebelahan dengan Terminal Westports dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap secara berperingkat dalam beberapa tahun akan datang. Projek pembangunan tersebut akan dapat meningkatkan kapasiti pengendalian kontena Westports kepada 13 juta TEU, sekaligus menjadikan kapasiti keseluruhan pelabuhan meningkat kepada 33 juta TEU pada 2035, kekal kompetitif di rantau ini.

Pembangunan Westports 2 akan mempertingkatkan lagi kedudukan Pelabuhan Klang sebagai hab pindah kapal utama, yang menawarkan peluang perniagaan yang lebih luas ke pelbagai destinasi dan pasaran serantau.

Semua pihak berkepentingan dan orang awam boleh melayari laman web kami yang menampilkan visual yang lebih menarik dan mesra pengguna, penuh dengan informasi tentang fungsi dan aktiviti LPK. Fokus kami adalah untuk menyampaikan maklumat yang jelas dan mudah difahami melalui navigasi laman web yang ringkas serta memudahkan pencarian.

Selain itu, LPK juga akan melancarkan 360 Virtual Tour tidak lama lagi, yang membolehkan pengunjung melihat kemudahan dan operasi kami secara maya termasuk keupayaan pengendalian kargo, jentera pengendalian terkini dan komitmen kami terhadap kelestarian alam sekitar. Tetapi, ini hanyalah sedikit informasi yang boleh kami kongsikan buat masa ini. Nantikan pelancaran ciri baharu yang menarik ini.

Di sebalik pergolakan ekonomi global baru-baru ini, industri perkapalan dan logistik kekal bertahan dan optimistik terhadap tahun-tahun yang mendatang. Dengan teknologi baharu, kaedah penyelesaian yang inovatif yang menekankan aspek kelestarian alam sekitar, menjadikan kita lebih bersedia menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Di LPK, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan semua pengguna pelabuhan, dan diharapkan agar dapat bekerjasama ini berterusan di masa- masa hadapan.

Terima kasih.

Kapt. K. Subramaniam
Pengurus Besar 
Lembaga Pelabuhan Kelang
logo.png
MAIL BAG SERVICE 202,
JLN PELABUHAN UTARA,
42005 PELABUHAN KLANG,
SELANGOR, MALAYSIA
TEL : 03-3168 8211
FAX : 03-3168 8228
Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox , Chrome, Safari & Edge
  • Last Updated: Sabtu 17 Februari 2024, 12:37:19.

PENSIJILAN SIRIM ISO 9001:2015
PENSIJILAN SIRIM ISO/IEC 27001:2013
PEMATUHAN ISPS
SISTEM PENGURUSAN ANTI-RASUAH

Image
Image
Image
Image
Image
ABMS 00282
ABMS IQNET

create a map with google maps